AWANG rasa pelik sebetulnya dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat pada Isnin lepas. Beliau buat keputusan tidak benarkan perbahasan dalam Dewan Rakyat tentang isu rampasan aset Petronas di Azerbaijan.
Tindakan Tan Sri Azizan Harun menyebabkan kekecohan dan Ahli Parlimen Warisan dari Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis digantung dua hari.
Apakah yang lebih besar dari isu kedaulatan negara? Apakah sehingga semua aset kita di luar negara jatuh ke tangan orang lain? Memang Awang setuju dengan Isnaraissah bahawa soal tuntutan waris kesultanan Sulu perlukan perhatian serius.
Kita jangan lupa ancaman lain seperti yang berlaku di Lahad Datu dulu.
Tindakan Speaker menolak tiga kali usul Isnaaissah untuk bahaskan hal itu amatlah mendukacitakan.
Nampaknya Parlimen di Filipina lebih tertarik untuk bincangkan hal tuntutan kesultanan Sulu daripada Parlimen kita sendiri.
Pada pendapat Awang, soal sama ada hal itu telah dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini tak penting.
Ada perkembangan terbaru membabitkan Mahkamah Abitrasi Paris di Perancis dan tindakan merampas aset kita.
Awang sebetulnya rasa pelik ahli Parlimen kerajaan turut berdiam diri. Apakah mereka menganggap ini isu Sabah semata-mata?
Apakah mereka fikir isu Sabah patut dibincangkan oleh wakil Sabah sahaja? Apakah perbezaan politik menyebabkan mereka lupa musibah daripada tindakan mendiamkan diri dalam soal sebesar itu?
Klik di sini untuk terus membaca