BANYAKLAH orang berkata bahawa gandingan Tuk Seri Anwar dan Rafizi Ramli amat cocok. Kata orang putih dream team. Kemenangan Rafizi khabarnya bawa harapan baharu kepada PKR. Ahli-ahli PKR mahukan perubahan besar di bawah khemah. Belum pun... Klik di sini untuk terus membaca

BANYAKLAH orang berkata bahawa gandingan Tuk Seri Anwar dan Rafizi Ramli amat cocok. Kata orang putih dream team.

Kemenangan Rafizi khabarnya bawa harapan baharu kepada PKR. Ahli-ahli PKR mahukan perubahan besar di bawah khemah.

Belum pun habis keraian, Rafizi dah buat hal. Dalam satu wawancara beliau kata Anwar kena terima hakikat bahawa popularitinya khususnya dalam kalangan orang muda, menurun.

Rafizi juga kata semua ahli dan pimpinan PKR jangan terlalu ‘membodek’ Anwar. Terkedu juga Presiden PKR dibuatnya. Nampak sangat beliau tak senang dengan kenyataan itu.

Kata beliau, itulah Razifi. Bukan Rafizi namanya jikalau dia tidak ‘menyingggung’ orang lain. Bagaimanapun kata Anwar, beliau tidak melihat itu sebagai ‘satu masalah besar’.

Tapi Anwar juga kata pemimpin ‘harus dewasa’. Anwar juga mahu tumpuan diberikan untuk menyerang musuh. Masalah dalaman harus diselesaikan.

Awang memang rasa ada ketegangan akibat kenyataan Rafizi. Rafizi juga berkata itu stail dia. Dia memang berterus terang tapi dia ‘bukan Azmin’.

Bagi Awang, memang ada benarnya pandangan Rafizi. Mungkin tak sesuai dibuat secara terbuka begitu. Orang mahu lihat perpaduan dalam PKR, bukan keretakan.

Banyak juga ahli PKR yang marahkan Rafizi. Rafizi pun bukan main kuatnya. Khabarnya pasukan beliau memenangi 12 daripada 20 kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Orang menang bolehlah cakap besar sedikit. Isu kedaulatan negara tidak penting? Rafizi dan Anwar sehalakah?

Klik di sini untuk terus membaca