MATA wang Thailand yang dikenali sebagai berprestij dan kukuh di Asia sebelum bermulanya pandemik Covid-19 menunjukkan trend penurunan pada Selasa apabila nilai AS$1 (RM4.45) adalah bersamaan dengan 36.68 baht (RM4.46). Pada Isnin, nilai... Klik di sini untuk terus membaca

MATA wang Thailand yang dikenali sebagai berprestij dan kukuh di Asia sebelum bermulanya pandemik Covid-19 menunjukkan trend penurunan pada Selasa apabila nilai AS$1 (RM4.45) adalah bersamaan dengan 36.68 baht (RM4.46).

Pada Isnin, nilai AS$1 adalah bersamaan dengan 36.60 baht (RM4.45) dan mata wang tersebut sudah menunjukkan prestasi paling hambar di rantau Asia Tenggara sepanjang tahun 2021 manakala nilainya pernah merosot lebih 11 peratus berbanding dolar AS.

Sehubungan itu, Pengarah Kanan Bank Of Thailand, Don Nakornthab berkata, kelemahan dalam baht masih sejajar dengan rakan-rakan dagangan dan para pesaingnya dengan bank pusat bersedia untuk campur tangan jika mata wang Thailand lemah terlalu banyak.

Kejatuhan itu telah menimbulkan persoalan yang membimbangkan tentang kesannya terhadap ekonomi Thailand berikutan siri trend penurunannya pada 15 Julai lalu yang menyaksikan nilai AS$1 adalah bersamaan dengan 36.73 baht (RM4.47) dan menurut Pusat Penyelidikan Kasikorn kejatuhan tersebut adalah yang terendah dalam tempoh 15 tahun.

Kejatuhan berterusan nilai baht tersebut telah mendatangkan kerugian kepada sesetengah orang manakala ada pula yang mendatakan keuntungan, kata seorang pengarah kanan di Bank of Thailand (BOT), Daranee Saeju kepada media Thailand, Thai PBS.

Bagi menghilangkan kebimbangan tentang kejatuhan mata wang Thailand, Daranee menjelaskan bahawa orang ramai harus melihat pada kadar pertukaran baht berbanding mata wang lain dan bukannya dolar AS sambil menambah bahawa mata wang serantau juga turut lemah berbanding dolar Amerika.

Kejatuhan nilai baht itu menyebabkan sektor pembuatan di Thailand mengeluh tentang peningkatan kos pengeluaran yang disebabkan oleh harga-harga bahan mentah dan tenaga melambung tinggi ketika Perang Ukraine masih lagi belum berakhir.

Thailand dijangka menerima ramai pelancong asing kerana nilat bahtnya rendah. - Foto AFP

Sebagai contoh, setakat 5 Julai lalu, baht telah jatuh sebanyak 7.6 peratus berbanding dolar AS tetapi jika mengambil kira mata wang lain yang dikenali sebagai kadar pertukaran efektif nominal, baht telah menyusut hanya 1.5 peratus, menurut Thai PBS.

Pada bulan lalu, Ketua Ekonomi Firma Krungthai Compass, Phachharaphot Nuntramas yang merupakan sebuah syarikat penyelidikan di bawah Bank Krungthai berkata, susut usut nilai baht itu adalah disebabkan oleh turun naik yang lebih tinggi dalam pasaran ekuiti global dan aset digital.

Poon Panichpibool iaitu pakar strategi pasaran di Bank Krungthai berkata bahawa faktor domestik yang mendorong pergerakan baht termasuk ketidakpastian terhadap tinjauan dasar bank pusat negara, kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kadar inflasi dan tentang akan berlakunya satu lagi gelombang Covid-19 di negara ini.

"Faktor asas seperti defisit akaun semasa daripada import yang tinggi disebabkan oleh harga tenaga dan komoditi yang tinggi, kos penghantaran yang tinggi dan pulangan beransur-ansur pelancong asing (tidak cukup tinggi untuk mengimbangi akaun semasa) juga menjelaskan mengapa baht semakin lemah," katanya seperti dilaporkan akhbar Bangkok Post.

Namun, kini, trend penurunan nilat baht itu masih berterusan sehingga Selasa lalu dan berlaku ketika kerajaan Thailang memberikan subsidi diesel dan gas memasak manakala Kementerian Perdagangan telah mengenakan kawalan harga ke atas beberapa barangan.

Bagaimanapun, kemerosotan nilai itu ada baiknya kerana ia akan meningkatkan pendapatan pengeksport terutamannya kepada peniaga yang menjual produk pada bulan April dan Mei lalu ketika AS$1 adalah bersamaan dengan 33 baht (RM4.01), kata Anusorn Tamajai daripada iaitu ahli jawatankuasa eksekutif Kolej Antarabangsa Pridi, Bangkok.

Sungguhpun begitu, sektor pelancongan dijangka mendapat sambutan yang baik ekoran ramai pelancong asing akan melancong ke Thailand kerana nilai baht yang menurun berbanding dengan dolar AS dan bermakna ia bakal menyebabkan percutian di negara berkenaan menjadi lebih murah.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Ejen Pelancongan Thai (ATTA), Sisdivachr Cheewarattanaporn berkata baru-baru ini bahawa sejauh mana kesannya terhadap keseluruhan industri pelancongan masih belum dinilai kerana beberapa negara masih mengalami kemelesetan ekonomi.

Tambahan pula, katanya, kenaikan inflasi dan harga bahan api global juga menghalang pemulihan industri pelancongan global walaupun terdapat usaha oleh negara-negara yang berbeza untuk memulakan sektor pelancongan masing-masing selepas lebih dua tahun penutupan akibat pandemik Covid-19.

Kemasukan para pelancong asing juga akan meningkatkan penggunaan domestik dan pendapatan untuk industri-industri yang berkaitan seperti hotel, restoran dan perkhidmatan pemandu pelancong manakala aliran masuk hasil mata wang asing daripada mereka akan membantu menstabilkan baht.

Pejabat Dasar Fiskal Thailand telah meramalkan bahawa bilangan ketibaan pelancong asing tahun ini akan meningkat kepada 6.1 juta orang tetapi pejabat itu mungkin menyemak semula ramalannya menjelang akhir bulan ini, kata Pisit Puapan iaitu Pengarah Eksekutif di Biro Dasar Makroekonomi seperti dilaporkan oleh akhbar TBS Thailand.

Di sebalik kegembiraan bahawa jangkaan pelanong asing akan kembali ke Thailand, baht yang lebih lemah juga akan mengakibatkan harga minyak menjadi lebih tinggi kerana sekitar 80 hingga 90 peratus minyak dan gas di negara itu diimport, kata Kriengkrai Thiennukul iaitu Pengerusi Persekutuan Industri Thailand (FTI).

Harga tenaga yang lebih tinggi meningkatkan kos pengeluaran dalam sektor pembuatan yang akhirnya menyebabkan orang ramai perlu membayar lebih untuk barangan dan perkhidmatan. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca