KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau masih menilai strategi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) baharu, Rafizi Ramli sama ada pemimpin kontroversi itu menolak Presiden parti, Datuk... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau masih menilai strategi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) baharu, Rafizi Ramli sama ada pemimpin kontroversi itu menolak Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sebaliknya.

Jelas Ahli Parlimen Langkawi berusia 97 tahun itu, hal tersebut kerana beliau masih tidak faham pendirian sebenar Rafizi terhadap Anwar susulan bekas Ahli Parlimen Pandan tersebut sebelum ini ialah penyokong kuat Ketua Pembangkang berkenaan.

"Kita perlu lihat pada masa hadapan, apakah gerak-geri Rafizi kali ini betul-betul menolak Anwar, atau tindakan beliau itu hanya sekadar strategi memberi gambaran kepada rakyat, seolah-olah bukan semua ahli dan pemimpin parti itu menyokong Anwar.

"Ini kerana, saya rasa Rafizi faham bahawa Anwar tidak lagi popular seperti dahulu. Jika Anwar hendak bercerita lagi kisah beliau dianiaya, ia sudah tidak berkesan di hati rakyat.

"Anwar juga masih tiada cakap lain, asyik bercakap hendak menjadi perdana menteri sahaja.

"Sebab itu, saya perlu mendapat sedikit masa lagi untuk melihat tingkah laku Rafizi. Betulkah Rafizi tolak Anwar atau itu cuma strategi politik PKR?” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Premium di bangunan Yayasan Al-Bukhary, di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan berlaku pertembungan serius di antara Anwar yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dengan Rafizi serta kelompok pemimpin yang cenderung menyokong beliau, pada sepanjang proses pemilihan PKR penggal tahun 2022-2025.

Dakwaan itu kini sedang giat ditularkan pihak tertentu susulan kenyataan Rafizi sewaktu ditemu ramah pemberita pada Kongres Nasional Ke-16 PKR di sini minggu lalu, mengajak kepimpinan baharu PKR agar tidak membodek atau mempertahankan Anwar apabila Presiden parti tersebut dikritik.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengendurkan teguran Rafizi itu dengan menganggapnya sebagai ubat ‘Panadol’ untuk menghilangkan kerunsingan beliau terhadap tahap kesetiaan Rafizi itu selama ini.

Klik di sini untuk terus membaca