AWANG yang tak pandai ekonomi ini tertarik juga dengan pandangan Tun Dr Mahathir tentang formula untuk atasi krisis inflasi masa ini.
Mungkin ada pihak tidak setuju dengan beliau. Maklumlah, beliau tak berkuasa lagi. Tapi kita kena ingat, mantan PM yang berumur 97 tahun ini bukan calang-calang orang.
Memang betul beliau mantan doktor perubatan. Beliau bukan pakar ekonomi. Tapi semasa krisis ekonomi Asia tahun 1997/98 beliau bawa formula sendiri tangani krisis itu. Tun mantan PM tak ikut cakap IMF. Akibat dengar nasihat IMF, punah ranah ekonomi Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.
Pada masa itu, Tun mantan PM tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). MTENlah yang cari formula terbaik selesai krisis itu. Salah satu cara yang dibuatnya ialah peg (tambat) ringgit pada dolar Amerika. Dengan cara itu ringgit jadi stabil.
Awang faham kerajaan tubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. Tapi ahli-ahlinya terdiri daripada menteri dan pegawai kanan kerajaan. Patutnya buat semacam Majlis Tindakan Pemulihan Ekonomi dan Tangani Inflasi yang babitkan pakar ekonomi dan pemain industri dari luar.
Awang sokong Tun mantan PM bahawa ringgit perlu ditambat semula. Awang juga setuju cadangan beliau untuk guna rizab perbendaharaan beri subsidi besar-besaran pada rakyat. Tapi kerajaan hari ini buat sebaliknya, tarik balik subsidi untuk rakyat.
Pada masa ini rakyat menderita akibat kenaikan harga barang keperluan.
Tun mantan PM otai yang masih berbisa.
Klik di sini untuk terus membaca