AWANG ucapkan syabas kepada ahli Parlimen kita yang luluskan Rang Undang-Undang Anti Gangguan Seksual (RUU AGS) sebulat suara.
Awang anggap ini langkah ke hadapan yang sangat baik bagi negara. Ia bertujuan menghormati kaum wanita daripada segala bentuk gangguan seksual.Tapi Awang kesal terdapat ahli Parlimen kita yang tidak menghargai semangat RUU itu.
Sewaktu perbahasan salah seorang daripada mereka dituduh mengeluarkan kata-kata yang amat memalukan.
Carutan berkenaan kemaluan seorang ibu itu adalah kata nista yang membangkitkan kemarahan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Menurut laporan, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman dikatakan menyebut perkataan itu dua kali.
Walaupun mikrofon Tajuddin dipadamkan tetapi beberapa ahli Parlimen lain mendengar kata-kata itu diucapkan. Orang inilah yang dicadangkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Apakah maknanya RUU AGS diluluskan sekiranya ahli Parlimen sendiri tidak berkelakuan seperti yang dituntut oleh RUU itu?
Dengan mengucapkan kata-kata kesat seperti itu jelaslah ada ahli Parlimen kita yang tidak faham apa maknanya gangguan seksual.
Awang sedih ahli Parlimen wanita dari parti kerajaan, khususnya UMNO berdiam diri apabila Tajuddin mengeluarkan kata-kata itu.
Begitu sekali sokongan pada parti hingga carutan mengenai ibu sendiri dibiarkan begitu sahaja?
Klik di sini untuk terus membaca