SHAH ALAM – Negeri-negeri lain sewajarnya mengikut jejak langkah Kedah dengan menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam daripada 16 kepada 18 tahun. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah yang dibuat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – Negeri-negeri lain sewajarnya mengikut jejak langkah Kedah dengan menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam daripada 16 kepada 18 tahun.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah yang dibuat negeri Kedah dengan menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam itu adalah tindakan tepat.

"Apabila berumur 18 tahun, maka pada masa itu anda telah mencapai umur bersedia untuk mempunyai anak-anak.

"Ia satu langkah yang baik dengan menaikkan had umur perkahwinan,” katanya.

Pada Isnin, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Keluarga Islam berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.

Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat memberitahu, pindaan berkenaan menetapkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam dinaikkan daripada 16 kepada 18 tahun.

Akhir tahun lalu, kerajaan menetapkan bahawa tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan Islam daripada 16 ke 18 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, keputusan itu ditetapkan melalui Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Bilangan 1/2021 pada 22 September tahun lalu.

Katanya, penetapan itu turut mengambil kira maklum balas dan pandangan diterima daripada kebanyakan negeri, yang pada dasarnya bersetuju mengekalkan had umur sedia ada, sebagaimana termaktub dalam undang-undang keluarga Islam di negeri masing-masing.

Klik di sini untuk terus membaca