SHAH ALAM - UMNO dilihat mampu merampas kembali pentadbiran Kedah dan Terengganu daripada Pas jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - UMNO dilihat mampu merampas kembali pentadbiran Kedah dan Terengganu daripada Pas jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kelebihan akan berpihak kepada BN di dua negeri itu kerana UMNO mempunyai jumlah penyokong tegar atau 'fixed deposit' yang kuat di peringkat akar umbi.

Katanya, kebanyakan penyokong PN dan PH adalah terdiri daripada pengundi atas pagar dan geng lompat parti yang sering membantu kemenangan mereka dalam pilihan raya, sebelum ini.

"Sebenarnya masih sukar untuk meramalkan keputusan PRU15 secara tepat kerana situasi sekarang menyaksikan tiada satu gabungan parti politik sama ada BN, PH mahu pun PN yang dilihat dominan.

"Satu lagi faktor menentukan kemenangan mana-mana gabungan parti politik sama ada BN, PH mahu pun PN adalah pengundi baharu. Tambahan lagi, sehingga kini pengundi baharu terutama mereka berusia 18 hingga 21 tahun tidak memberikan petunjuk jelas mengenai hala tuju dan pola sokongan mereka ke arah mana?

DR MAZLAN

"Bagaimanapun negeri-negeri seperti Terengganu dan Kedah mungkin bakal menyaksikan BN berpeluang merampas kembali negeri itu jika berlaku persaingan tiga penjuru," katanya kepada Sinar Premium.

Ditanya mengenai negeri Kelantan, Mazlan menjelaskan, situasi berbeza di negeri Cik Siti Wan Kembang kerana negeri tersebut pula mempunyai jumlah penyokong tegas Pas yang lebih banyak.

Justeru, biarpun Pas disebut-sebut tidak akan bertanding menggunakan logo bulan sebaliknya logo PN, penyokong Pas dijangka tidak mempunyai masalah memangkah parti itu.

"Walaupun ada penyokongnya lebih suka Pas bertanding dengan menggunakan logo 'bulan' namun mereka dijangka akur dan bersetuju bertanding atas tiket PN kerana wala' serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersetuju menggunakan logo pakatan itu pada PRU15 dan berkata perkara itu boleh disahkan kepimpinan Pas.

Klik di sini untuk terus membaca