SHAH ALAM- [DIKEMASKINI} Tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seharusnya ditentukan oleh rakyat. Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long berpandangan, pilihan raya pada asasnya berkisar mengenai rakyat yang... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- [DIKEMASKINI} Tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seharusnya ditentukan oleh rakyat.

Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long berpandangan, pilihan raya pada asasnya berkisar mengenai rakyat yang memilih pemimpin untuk mentadbir kerajaan pada hari ini.

"Apabila berbicara tentang bila nak adakan PRU15, kena dengar suara rakyat sebab pilihan raya ini tentang rakyat yang memilih pemimpin untuk jadi kerajaan.

"Kalau tengok kepada situasi pada hari ini, saya percaya PRU15 tidak ada dalam fikiran rakyat sebab sedang fikir macam mana nak teruskan kelangsungan hidup, sediakan makan minum kepada ahli keluarga, bagaimana pada hujung bulan, gaji mereka yang tak sampai RM1,500 boleh diteruskan untuk bulan ke bulan,” katanya dalam program Berani Bersemuka bertajuk PRU15: 2022 atau 2033 yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, pada Selasa.

Program tersebut turut menampilkan Exco Pemuda UMNO, Faridzul Azlan Abd Shani selaku pendebat manakala Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin sebagai moderator.

Luqman berkata, dalam keadaan rakyat perlu berhadapan dengan pelbagai kekangan hidup seperti kenaikan harga barang keperluan dan sebagainya, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memberi bantuan dan 'menyelamatkan' mereka daripada dihimpit kesusahan.

"Apakah tuntukan dan keperluan pada hari ini? Adakah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor, rakyat mahu PRU lagi? Sudah tentu tidak sebab rakyat hari ini susah, lapar dan sakit.

"Jadi apa yang mereka perlukan bukan nak dengar ahli politik berceramah, berkempen, (dengar) siapa layak jadi Perdana Menteri, tetapi selesaikan atau sekurang-kurangnya jawab terlebih dahulu tuntukan kebajikan ekonomi rakyat,” katanya.

Dalam pada itu Luqman berpandangan, seharusnya kos yang diperuntukkan untuk melaksanakan PRU15 digunakan untuk membantu rakyat yang terkesan kerana tuntutan ekonomi lebih penting berbanding pertikaian tarikh pilihan raya akan datang.

"Saya nak cadangkan supaya kos untuk pilihan raya disalurkan kepada rakyat. RM1.5bilion ini sepatutnya boleh digunakan untuk subsidi bersasar, kurangkan kos minyak masak, bagi banyak lagi keperluan yang dituntut rakyat.

"Tetapi kalau guna kos tersebut untuk PRU, saya percaya ia tidak selesaikan masalah rakyat.

"Namun kerajaan hari ini tak kisah kerana mereka tidak pernah berusaha tingkatkan jumlah pengundi yang keluar mengundi,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca