APABILA bercakap pasal dakwaan mengenai ‘pengagihan’ syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada orang-orang politik, teringatlah Awang akan adegan dalam sebuah filem P Ramlee. Dalam filem itu duit diagih-agihkan, ‘satu untuk kau, satu untuk aku’.
Begitulah dakwaannya duit diagih-agihkan pada pemimpin politik oleh syarikat berkenaan.
Soal betul atau tidak itu soal yang perlukan siasatan. Memanglah saksi dalam kes perbicaraan Tuk Seri Zahid Hamidi boleh cakap apa sahaja.
Mungkin ada benarnya, mungkin fitnah. Tapi kalau tengok nama mereka yang tercatat dalam lejar syarikat itu, bukan kecil anak mereka yang dapat ‘habuan’.
Berdasarkan keterangan saksi UKSB, antara mereka adalah Tun mantan Perdana Menteri, Tan Sri mantan PM, Tuk Seri Hishammuddin Hussein, Tuk Seri Shafie Apdal, Khairy Jamaluddin, Tan Sri Chan Kong Choy, Tan Sri Ong Ka Chuan dan ramai lagi.
Dalam lejar itu digunakan kod seperti Prof, OKC, S Pat, Monster, Yong Boy dan macam-macam lagi.
Ternganga mulut Awang baca hal itu. Baguslah pihak SPRM beritahu akan siasat nama-nama yang disebutkan itu. Mereka patut beri penjelasan dan bela diri. Mereka kena bersihkan nama mereka.
Pada masa sama Awang juga nak tanya SPRM, apakah nama-nama rakyat Malaysia yang disebut oleh Leissner dalam perbicaraan kes 1MDB di New York sudah dipanggil untuk beri keterangan?
Klik di sini untuk terus membaca