AWANG sebetulnya tak terperanjat sangat dengan tindakan Bossku Tuk Seri Najib tamatkan khidmat peguam belanya, Tan Sri Shafee Abdullah. Firma Tuk Zaid Ibrahim pula ambil alih. Bagaimanapun Awang yang tak reti sangat hal undang-undang ini... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sebetulnya tak terperanjat sangat dengan tindakan Bossku Tuk Seri Najib tamatkan khidmat peguam belanya, Tan Sri Shafee Abdullah. Firma Tuk Zaid Ibrahim pula ambil alih.

Bagaimanapun Awang yang tak reti sangat hal undang-undang ini macam terbau alasan sebenar tindakan itu. Macam ada udang di sebalik batu.

Memang itu hak Bossku nak lantik siapa pun jadi peguam bela beliau, termasuk peguam dari England sekiranya dibenarkan oleh mahkamah kita. Kes beliau akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan bulan Ogos ini. Itu peluang terakhir untuk beliau diadili.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi dah jatuhkan hukuman. Mahkamah Rayuan sahkan keputusan itu. Jikalau Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan kedua-dua mahkamah tadi, Bossku akan masuk penjara 12 tahun dan bayar denda RM210 juta.

Ada pendapat orang yang bijak pandai undang-undang bahawa dengan pertukaran peguam bela, Bossku dapat masa tambahan.

Maklumlah, peguam baharu kena buat persiapan untuk menghadap Mahkamah Persekutuan. Kes akan ditangguhkan.

Pandangan majoriti rakyat tentulah mahukan pengadilan dibuat segera. Keputusan harus dibuat tanpa berlengah lagi.

Awang mahu keadilan dalam kes Bossku. Awang percaya pada sistem undang-undang kita.

Bossku mesti diberi peluang untuk menggunakan semua laluan untuk beliau bela diri.

Tapi undang-undang juga harus cekap dan mematuhi masa. Kes ini sudah berjalan begitu lama.

Sama-samalah kita tengok apa yang berlaku selepas ini.

Klik di sini untuk terus membaca