LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan menerima sumbangan wang daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti didakwa bekas pengurus pentadbiran syarikat berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada... Klik di sini untuk terus membaca

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan menerima sumbangan wang daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti didakwa bekas pengurus pentadbiran syarikat berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin.

Dr Mahathir sebaliknya berkata, pihak yang mendakwa beliau menerima dana tersebut sepatutnya tampil dengan bukti dan bukan hanya sekadar bercakap kosong.

"Saya tidak terima (wang dana) itu. Kalau dia boleh tunjuk bukti, saya terima, ini nak cakap senang.

"Kalau ada orang bagi duit dekat saya tunjuklah, siapa yang bagi, saya tidak pernah terima duit itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama pengusaha bot pelancongan di Jeti Tanjung Rhu di sini pada Isnin.

Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, beliau bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu itu.

"Saya bersedia, tunjukkan bukti yang saya ada (duit). Banyak tuduhan yang dibuat kepada saya kononnya saya kaya ada duit berbilion ringgit simpan di Switzerland dan Taiwan,” tambahnya lagi.

Dr Mahathir mendakwa situasi tersebut tidak sama dengan kes membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan Sinar Harian pada Selasa.

"Kita tunjuk bukti Najib ada pegang duit, ada cek yang dia tandatangani dan ada akaun bank.

"Pergilah periksa akaun bank saya, tiada masalah,” tegasnya.

Beliau memberitahu, tiada orang tengah yang digunakan bagi tujuan penerimaan dana itu.

"Kalau dia bagi pada orang lain, orang itu kata dia akan bagi kepada saya, yang itu lainlah tapi saya sendiri tidak dapat (duit).

"Kadang-kadang SPRM ada panggil juga, panggil kita jawablah,” ujarnya.

Pada Isnin, ketika perbicaraan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, mendakwa Dr Mahathir menerima sumbangan RM2.6 juta daripada syarikatnya.

Siong Sun berkata, sumbangan itu adalah untuk kegunaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diberikan menerusi anak saudara Dr Mahathir, Tan Sri Rahmat Abu Bakar.

Saksi pendakwaan itu juga berkata, kod nama ‘Kedahan’ digunakan untuk Rahmat dalam buku lejar UKSB menunjukkan aliran keluar wang syarikat berkenaan. Oleh

Klik di sini untuk terus membaca