SHAH ALAM - Sebanyak 25 peratus kawasan di seluruh negara berpotensi akan berdepan dengan risiko tenggelam sekiranya kenaikan aras laut tidak dikawal dan tiada tebatan dibuat. Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Datuk Ir... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sebanyak 25 peratus kawasan di seluruh negara berpotensi akan berdepan dengan risiko tenggelam sekiranya kenaikan aras laut tidak dikawal dan tiada tebatan dibuat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh berkata, situasi itu dijangkakan berlaku berikutan kesan pemanasan global yang mengakibatkan suhu di negara ini semakin meningkat.

"Maksudnya apabila pemanasan global itu tidak dikawal, (kitaran) hidrologi itu akan berubah, membentuk awan-awan dan sebagainya.

"Kalau dulu awan itu kecil sahaja, sekarang awan akan menjadi semakin besar dan tebal. Walaupun jumlah air kekal sama tetapi perubahan cuaca berlebihan (climate extreme event) itu akan lebih kerap berlaku, itu adalah masalah sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam program siaran langsung Bersama Johan Jaafar di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, keadaan perubahan cuaca secara berlebihan itu boleh mengakibatkan kesan banjir berlaku lebih besar dan cepat.

"Perubahan cuaca secara berlebihan itu kita risau. Kalau banjir, kita boleh kawal dan boleh jangka mana hujan akan turun, kita boleh buat sesuatu kaedah untuk tanganinya.

"Bukan itu sahaja, kenaikan aras laut kepada pemanasan global. Kita jangkakan pada 2050, satu atau dua kaki (paras air) itu akan meningkat.

"Kemudian pada tahun 2100, kenaikan dijangka pada 0.7 meter, maksudnya hampir dua kaki,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca