TURKIYE pernah bergantung kepada dron buatan Israel pada awal tahun 2000an ketika ia menentang para pemberontak Kurdis yang berjuang untuk mendapatkan autonomi dan kemerdekaan di bahagian Turki, Iraq dan Syria. Apabila negara itu merancang... Klik di sini untuk terus membaca

TURKIYE pernah bergantung kepada dron buatan Israel pada awal tahun 2000an ketika ia menentang para pemberontak Kurdis yang berjuang untuk mendapatkan autonomi dan kemerdekaan di bahagian Turki, Iraq dan Syria.

Apabila negara itu merancang mereka bentuk, membangun dan menghasilkan dron buatannya yang pertama iaitu Anka namun ia mempunyai enjin buatan asing, gear pendaratan asing dan komputer data penerbangan asing.

Semasa ujian penerbangan ia turut terlibat dalam nahas ketika mendarat.

Bagaimanapun, dalam tempoh lebih sedekad, Turkiye kemudian menjadi pengendali dan pengeksport sistem dron yang baik di dunia menyebabkan industri swasta yang giat menghasilkan dron sepatutnya diberikan pujian kerana membangunkannya.

Salah satu dron itu ialah Bayraktar TB2 berwarna kelabu dengan sayap bersudut dan kipas belakang dan boleh membawa bom panduan laser serta cukup kecil untuk dibawa dalam trak dengan perekanya ialah Selçuk Bayraktar.

Selchuk yang merupakan lulusan elektronik dan kejuruteraan komunikasi serta pernah belajar di Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat (AS) adalah anak kepada usahawan peralatan alat ganti kenderaan Turkiye, Özdemir Bayraktar yang memiliki firma pertahanan Baykar Makina.

Beliau juga telah berkahwin pada tahun 2016 dengan anak perempuan Presiden negara berkenaan, Recep Tayyip Erdogan, Sümeyye yang merupakan lulusan London School of Economics and Political Science, United Kingdom.

Dalam perang Ukraine yang berlaku sejak Februari lalu, dron Bayraktar telah menjadi legenda di negara tersebut kerana ia berjaya menghantui askar-askar Rusia ketika ia berperang dengan tentera Ukraine sejak Februari lalu.

Pada 28 Jun lalu, syarikat Baykar menolak wang tunai berjumlah AS$20 juta (RM89.19 juta) untuk membeli dronnya bagi pihak Ukraine yang menghadapi serangan tentera Rusia sebaliknya ia pula akan mendermakan tiga buah dron tentera kepada negara itu.

Baykar menyatakan dalam satu kenyataan baru-baru ini bahawa pihaknya telah mengetahui tentang kempen untuk mengumpul dana untuk membeli dron Bayraktar TB2 dengan menyatakan bahawa ia tidak akan menerima bayaran untuk dron TB2 sebaliknya akan menghantar tiga buah dron secara percuma untuk Ukraine.

Syarikat itu telah mengeluarkan empat jenis dron dan tidak jelas model mana yang dihantar ke Ukraine tetapi dron Bayraktar TB2 mempunyai status hampir mitos di negara berkenaan.

Putin - Foto AFP

Berikutan itu, Presiden Russia, Vladmir Putin dilaporkan mendesak pembekal dron Ukraine itu, Bayker untuk membina kilang untuk Moscow, menurut laporan dari CNN Turk baru-baru ini.

Menurut CNN Turk, semasa bertemu dengan dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti AK, Erdogan berkata, bahawa Putin baru-baru ini telah mendekatinya di Tehran dan mahu mewujudkan kilang dron Baykar di Rusia.

Syarikat Baykar membuat dron serangan yang berjaya membantu Azerbaijan mengalahkan Armenia dalam perang Nagorno-Karabakh pada tahun 2020 manakala Ukraine telah menerima lebih 40 pesawat tersebut sejak Februari lalu.

Dron TB2 keluaran syarikat tersebut juga telah digunakan di Libya dan Syria.

Sebelum ini, Rusia sebelum ini telah membantah penjualan dron Baykar ke Ukraine tetapi pegawai Turki berkata, Baykar adalah syarikat swasta dan urusan jualan pesawat tanpa pemandu itu bukannya dibuat menerusi perjanjian antara negara dengan negara, lapor Reuters.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Baykar, Haluk Bayraktar memberitahu CNN bahawa syarikatnya tidak akan menjual dron kepada Rusia kerana terdapat hubungan strategik antara Turki dan Ukraine, terutamanya dalam bidang penerbangan serta angkasa lepas.

Turkiye mula menjual dron TB2 ke Ukraine pada tahun 2019 dan Kiev menggunakannya bagi menentang para pemisah yang disokong Rusia di wilayah timur Donbas dan dipercayai dijual pada harga AS$2 juta (RM8.92 juta) sebuah.

Pegawai Turkiye enggan mendedahkan butiran penjualan dron ke Ukraine tetapi anggaran bebas menyatakan Ukraine memiliki antara 20 dan 50 buah dron itu manakala Ankara telah menjualnya kepada lebih sedozen negara termasuk Azerbaijan, Libya, Maghribi dan Habsyah.

Dron TB2 yang dibeli oleh lebih 20 buah negara ialah dron tempur lebar dengan memiliki sayap sepanjang 12 meter dan boleh melonjak sehingga lebih 7,000 meter sebelum menyerang untuk memusnahkan kereta kebal serta meriam. – Agensi

Klik di sini untuk terus membaca