AWANG ucapkan syabas kepada kesemua 209 ahli Parlimen yang hadir di Dewan Rakyat pada Khamis lalu. Mereka sebulat suara berkata "Ya” pada Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen lompat parti.... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG ucapkan syabas kepada kesemua 209 ahli Parlimen yang hadir di Dewan Rakyat pada Khamis lalu. Mereka sebulat suara berkata "Ya” pada Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen lompat parti.

Ini termasuk mereka yang terlibat melompat katak sebelum ini.

Ini kejayaan besar kerajaan dan rakyat, juga gerakan massa seperti Rasuah Busters yang menuntut hal itu. Kita jangan lupa Perjanjian Persefahaman (MoU) antara pembangkang dan kerajaan Tuk Seri Ismail Sabri juga berikan perhatian hal ini.

Awang rasa ada satu lagi RUU yang sangat penting iaitu RUU untuk kawal dana politik. Kita tahu kegiatan pemberian rasuah terbesar berlaku dalam soal pendanaan atau pembiayaan politik semasa PRU. Banyaklah pihak, baik syarikat atau individu yang tabur duit pada orang politik dan parti politik. Memang tak ada salahnya sumbangan kewangan diberikan asalkan telus dan terbuka.

Seingat Awang, pada zaman Bossku Tuk Seri Najib telah ditubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik. Berbulan-bulan ahli-ahlinya berbincang. Laporan dan cadangan dikemukakan kepada kerajaan pada 2017, tapi tak ada tindakan apa-apa. Baik kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) tak tunjuk minat.

Bagus sangatlah kalau Tuk Seri PM gerakkan langkah ke arah pendanaan politik yang telus.

Klik di sini untuk terus membaca