AWANG menjunjung kasih dan menghargai tindakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang memohon maaf secara terbuka pada seorang aktivis alam sekitar. Bukan selalu seorang Pemangku Raja berbuat demikian. Nampak sangat... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG menjunjung kasih dan menghargai tindakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang memohon maaf secara terbuka pada seorang aktivis alam sekitar. Bukan selalu seorang Pemangku Raja berbuat demikian. Nampak sangat kejujuran baginda dalam soal ini.

Bukan itu sahaja, baginda juga meminta pihak polis tidak meneruskan siasatan ke atas Noor Jehan Abu Bakar, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang. Beliau dituduh menghina baginda melalui satu ciapan Twitter.

Pemangku Raja Pahang itu mengakui lambat dua jam untuk sampai ke majlis Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan di Pantai Chenor pada 18 Julai lalu. Baginda berkata, kelewatan itu disebabkan masalah kesihatan baru pulih daripada demam panas. Baginda terpaksa mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan keselamatan semua orang yang hadir.

Noor Jehan sendiri berkata, bukanlah niat untuk menfitnah sesiapa tetapi sekadar melepaskan kekecewaan kerana terpaksa menunggu lama.

Dengan itu semua, pihak tentunya boleh bernafas lega. Awang percaya tindakan baginda menyejukkan hati banyak pihak. Banyak pujian ke atas baginda yang bersedia mengakui kesilapan, malah memohon maaf kerana kelewatan.

Awang pun sebetulnya kagum sebab baginda memang bersungguh-sungguh memastikan alam sekitar terpelihara. Setahu Awang, baginda juga amat prihatin tentang situasi harimau di hutan belantara Pahang. Selepas ini, akta kawal dana politik...

Klik di sini untuk terus membaca