DARIPADA satu segi memang Awang setuju dengan Tuk Seri Mohamad Hasan bahawa isu skandal 1MDB yang digunakan untuk serang UMNO "sudah basi dan tidak dipedulikan.” Memanglah kalau dikira propaganda sudah terlebih digunakan oleh musuh-musuh... Klik di sini untuk terus membaca

DARIPADA satu segi memang Awang setuju dengan Tuk Seri Mohamad Hasan bahawa isu skandal 1MDB yang digunakan untuk serang UMNO "sudah basi dan tidak dipedulikan.”

Memanglah kalau dikira propaganda sudah terlebih digunakan oleh musuh-musuh UMNO.

Dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor nampaknya pengundi macam tak peduli soal 1MDB. Mungkin soal makan pakai rakyat lebih penting.

Tapi Tuk Mad jangan lupa musibah 1MDB pada negara kita. Tuk Mad orang korporat, tahu hal ringgit dan sen.

Kesannya pada kewangan negara bukan sedikit. Entah berapa generasi kita kena tanggung hutang.

Awang juga percaya Tuk Mad tak mahu orang yang dituduh penyangak 1MDB dijunjung macam Mat Kilau Moden.

Soal 1MDB ini kita serahkan pada mahkamah sahaja. Bulan Ogos ini Mahkamah Persekutuan akan dengar kes Tuk Seri Bossku Najib. Di situlah nanti nasib beliau ditentukan.

Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dah putuskan dia bersalah. Sama ada Bossku akan masuk penjara, terserahlah pada mahkamah terakhir buat keputusan.

Nampaknya Bossku pun dah tukar peguambela. Itu hak dia. Tuk Zaid Ibrahim pun nampaknya dah berubah nada sejak dilantik jadi peguambela.

Tak apalah. Manusia bertukar pandangan. Jikalau dia nak bela Bossku, dia dulu yang kena yakin Bossku tak bersalah. Itu hukum alam.

Klik di sini untuk terus membaca