AWANG juga nak ingatkan Tuk Mad pasal penghakiman Tuk Azimah Omar, Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Tak banyak orang tahu apa yang berlaku di situ. Mahkamah tolak saman RM10 juta yang difailkan oleh mantan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG juga nak ingatkan Tuk Mad pasal penghakiman Tuk Azimah Omar, Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Tak banyak orang tahu apa yang berlaku di situ.

Mahkamah tolak saman RM10 juta yang difailkan oleh mantan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap tokoh veteran DAP Lim Kit Siang berhubung kes 1MDB.

Tuk Azimah putuskan bahawa Kit Siang berjaya mewajarkan keistimewaan yang layak dimilikinya dengan membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB "melibatkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial, ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.”

Kata hakim itu lagi laporan Kit Siang itu "baik daripada segi hak rakyat” dan beliau "melaksanakan pelaporan yang bertanggungjawab.” Awang tak mahu nak komen panjang hal itu oleh sebab Awang bukan peguam.

Tapi kita semua tahu bahawa nampaknya akan ada lagi kes atau pertuduhan membabitkan 1MDB. Awang juga nak ingatkan Tuk Mad, banyak nama yang didakwa terima duit 1MDB sudah dipanggil untuk siasatan.

Ada yang dapat beratus juta dan ada yang dapat apartmen mewah. Ada yang dah pulang duit atau harta dan macam-macam lagi. Awang percaya rakyat mahukan keadilan dalam soal ini.

Mereka yang bersalah mesti dihukum mengikut lunas undang-undang. Jadi memang tak habis-habis nampaknya isu 1MDB.

Rakyat memang penat. Tapi rakyat mahukan keadilan dalam soal ini. Ini soal duit rakyat dan nama baik negara. Tuk Mad juga tentu setuju dengan Awang.

Klik di sini untuk terus membaca