SHAH ALAM - Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mendesak kerajaan membuat perancangan rapi bagi menambah baik aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dilaporkan sudah uzur. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mendesak kerajaan membuat perancangan rapi bagi menambah baik aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dilaporkan sudah uzur.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, usaha tersebut amat penting dan perlu diberi keutamaan bagi memastikan keupayaan aset sedia ada berfungsi dengan lebih efisien kelak.

"Aset Maritim Malaysia perlu diberi tumpuan dan keutamaan untuk dinaik taraf supaya sempadan kawalan maritim kita tidak diceroboh dengan mudah,” katanya.

Pada Khamis, Maritim Malaysia dilaporkan berhadapan cabaran getir untuk memastikan kesiapsagaan aset berada di tahap tertinggi kerana 60 peratus kapalnya berusia 40 tahun.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari pula berkata, kerajaan juga perlu fokus ke arah memperkasakan aset-aset Maritim Malaysia.

"Ia (laporan itu) menunjukkan bahawa pertahanan negara dalam situasi yang getir dan terdedah kepada ancaman bila-bila masa sahaja.

"Perolehan juga hendaklah telus dan jujur, kita tidak mahu insiden perolehan projek pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) berulang lagi menyebabkan kerugian kepada wang negara.

"Kerajaan wajib mengambil kira pandangan pakar pertahanan, selain pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia sendiri,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca