SHAH ALAM - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpandangan bahawa pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bukan mahu mendiskriminasi generasi akan datang, sebaliknya mengurangkan kadar... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpandangan bahawa pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bukan mahu mendiskriminasi generasi akan datang, sebaliknya mengurangkan kadar penggunaan rokok daripada terus berleluasa.

Naib Presiden 3 GPMS, Mohd Firdaus Md Razali berkata, berikutan itu pihaknya menyokong penuh pelaksanaan RUU tersebut bagi memastikan kesejahteraan generasi muda terutama dari segi mental dan fizikal.

"Kita semua tahu bahawa generasi muda ini merupakan pelapis negara. Jadi, kita perlu memastikan mereka ini mempunyai mental dan fizikal yang baik.

"Saya mewakili GPMS memang menyokong penuh pelaksanaan RUU ini demi kesejahteraan generasi akan datang. Kita nak lahirkan generasi yang pintar, baik dan cergas.

"Justeru, kalau kata kita nak mendiskriminasikan generasi ini, sebenarnya tidak,” katanya pada program Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Masihkah Ada Harapan Buat Generasi Penamat Bebas Rokok?’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Jumaat.

Program yang dihoskan Finas Yunus itu turut menampilkan Peguam, Haniff Khatri, pejuang kanser, Shamsul Rizal Ramli dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noraryana Hassan sebagai panel jemputan.

Sebelum ini, Pengurus Besar Japan Tobacco International (JTI), Khoo Bee Leng memberitahu bahawa pihaknya tidak menyokong pelaksanaan RUU berkenaan kerana dikatakan bersifat ‘mendiskriminasi’ generasi yang lahir pada 2007 kerana tidak boleh membeli dan menghidap produk tembakau.

Bahkan beliau berkata, RUU tersebut juga tidak akan mencapai objektif, sebaliknya ia akan mendorong pengguna beralih ke pasaran gelap.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking turut menggesa kerajaan supaya memberi hak kepada anak muda untuk menentukan sendiri sama ada untuk menghisap rokok ataupun tidak.

Klik di sini untuk terus membaca