AWANG tertarik ikuti wawancara Setiausaha Agung PKR, Tuk Seri Saifuddin Nasution dengan Tan Sri Johan Jaaffar pada Rabu lalu. Kita semua tahu Saifuddin ini memang orang paling setia pada Tuk Seri Anwar. Bak kata Johan, dipanggang, dibakar,... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tertarik ikuti wawancara Setiausaha Agung PKR, Tuk Seri Saifuddin Nasution dengan Tan Sri Johan Jaaffar pada Rabu lalu.

Kita semua tahu Saifuddin ini memang orang paling setia pada Tuk Seri Anwar. Bak kata Johan, dipanggang, dibakar, disalai, Saifuddin tetap dengan Anwar.

Ramailah orang kuat Anwar yang telah meninggalkannya termasuk sama ada selepas beliau kena singkir tahun 1998 atau kebelakangan ini.

Saifuddin bersama PKR sejak penubuhan parti itu. Dia jatuh bangun dengan PKR. Kata orang setianya pada Anwar tak ada bandingannya.

Johan pun ada bertanya apakah dia tewas dalam pertandingan Timbalan Presiden PKR disebabkan rapat dan setianya pada Anwar?

Dalam wawancara itu, Saifuddin ada sebut satu perkara yang penting, zaman main isu skandal sebagai bahan kempen sudah berakhir.

Kata beliau, PKR atau PH mesti masuk gelanggang kali ini dengan isu rakyat serta penyelesaian pada masalah rakyat. Yang patut ditampilkan adalah pendekatan problem and solution (masalah dan penyelesaian).

Awang setuju sangat dengan pandangan itu. Memang soal korupsi dan salah laku pemimpin tak boleh dielak tapi soal kesusahan rakyat harus diberikan perhatian utama.

Rakyat mahu tahu apa tawaran pembangkang untuk mereka. Bukan cerita basa-basi kelemahan pemimpin sebelumnya sahaja.

Klik di sini untuk terus membaca