AWANG sebetulnya rasa kurang senang dengan tindakan Tun mantan Perdana Menteri buat blok Gerakan Tanah Air (GTA).
Menurut beritanya, GTA terdiri daripada empat parti yang berteras Melayu dan Islam.
Dengan GTA, orang Melayu ada lebih banyak pilihan memilih dalam PRU15. Apakah itu menguntungkan 'agenda Melayu dan Islam?'
Bukanlah Awang menentang agenda Melayu dan Islam. Tapi bukan ini caranya.
Dalam soal itu Awang setuju dengan Tuk Seri Anwar, Tun mantan PM ada banyak peluang nak buat begitu selama 22 tahun dia jadi PM bersama BN dan 22 bulan bersama PH.
Kita tahu Parti Pejuang yang diasaskannya tinggal nyawa-nyawa ikan sekarang. Awang rasa ia cuma gimik beliau nak tarik pengundi Melayu.
Buat masa ini, sasaran pengundi adalah tentang kos hidup yang tinggi. Rakyat menderita semasa pandemik dan tambah parah selepas itu.
Mereka juga tentu mahukan pemimpin yang bersih dan tidak korup.
Orang Melayu perlukan ketua baik, bukan yang sapu duit rakyat. Pemimpin Melayu yang beragama Islam patut tunjuk contoh baik supaya boleh diteladani oleh orang lain.
Sekarang ini pun muncul lagi skandal kapal tempur LCS.
Syarikat berkaitan sudah terima pembayaran RM6 bilion tapi bayang kapal pun belum nampak.
Siapakah di belakang semua ini jikalau bukan pemimpin Melayu pada peringkat politik dan korporat?
Makin lama Awang sebetulnya makin tak faham apa lagi yang Tun mantan PM mahukan.
Klik di sini untuk terus membaca