SUBANG - Alumni Pesawat Pejuang F5 berpandangan aset pertahanan negara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) perlu ditambah terutama jet pejuang. Bekas Panglima TUDM, Jeneral (B) Tan Sri Rodzali Daud berkata, keupayaan negara terjejas... Klik di sini untuk terus membaca

SUBANG - Alumni Pesawat Pejuang F5 berpandangan aset pertahanan negara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) perlu ditambah terutama jet pejuang.

Bekas Panglima TUDM, Jeneral (B) Tan Sri Rodzali Daud berkata, keupayaan negara terjejas setelah F5-E Tiger II dan MiG-29 diberhentikan (tamat perkhidmatan).

Menurutnya, penambahan aset tersebut juga perlu dilakukan segera kerana negara sudah ketinggalan dalam aspek pemilikan aset pertahanan udara berbanding negara lain di rantau Asia.

"Aset (pertahanan udara) kita memang masih perlu lagi. Terutama aset pejuang dan latihan pejuang pun masih diperlukan lagi. Sebab apabila MiG-29 diberhentikan, keupayaan berkenaan dah tiada lagi.

"Jadi kita perlu ada aset baharu sebab negara ini sudah tertinggal ke belakang.

"Dahulu, Malaysia merupakan negara yang pertama mendapat pesawat supersonik F5, tapi sekarang di antara rantau ini kita yang paling tertinggal sekali.

"Apabila F5, MiG-29 tamat berkhidmat, kita dah tak ada aset untuk gantian,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pertemuan Semula Bekas Anggota Pesawat Pejuang F5-E Tiger II, TUDM di Kelab Rekreasi Tentera Udara, di sini.

Pada Mac lalu, TUDM dilapor sedang membuat perolehan secara berperingkat pesawat tempur ringan dwifungsi Fighter-Lead-In-Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT-LCA), yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2024.

Perolehan tersebut termasuk proses menambah tujuh lagi aset dalam usaha meningkatkan keupayaan sistem pertahanan udara negara.

Keupayaan pertahanan udara juga akan dipertingkatkan dengan pelan perolehan tiga Sistem Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh (LORAD) melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Selain itu, TUDM sedang dalam proses perolehan beberapa aset lain iaitu sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) Medium Altitude Long Endurance (MALE-UAS), yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2024/2025 dan pesawat peronda maritim (MPA), yang dijangka beroperasi pada 2025.

Klik di sini untuk terus membaca