SHAH ALAM - Isu skandal penyelewengan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion memberikan imej buruk kepada negara. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Isu skandal penyelewengan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion memberikan imej buruk kepada negara.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, isu tersebut juga mendedahkan kelemahan sektor pertahanan negara kerana membenarkan kompromi penyelewengan tersebut berlaku.

"Sudah tentu sangat tidak baik kerana seolah-olah negara berkompromi mengatur perkara berkaitan keselamatan.

"Soal keselamatan negara sangat penting, selain kita perlu sedar sememangnya wujud anasir luar yang sentiasa meneliti dan melihat isu keselamatan sehingga boleh menjadi ancaman kepada negara.

"Kita khuatir akan ada lebih banyak perkara lain melibatkan isu pertahanan serta salah laku dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Faisal berkata, kerajaan perlu segera melakukan perubahan terutama memastikan langkah urus tadbir yang baik khasnya melibatkan aset pertahanan negara.Menurutnya, isu penyelewengan melibatkan negara sudah banyak kali timbul dan ketelusan dalam mendedahkan segala salah laku itu perlu dijadikan keutamaan.

"Sepatutnya, informasi ketelusan sebarang perbelanjaan perlu didedahkan kepada rakyat kerana apabila timbul masalah, banyak pihak yang boleh saling menegur dan sebagainya.

"Kita faham mungkin ia juga berkaitan Akta Rahsia Rasmi, namun kerajaan boleh membuat satu garis panduan data tertentu yang boleh didedahkan kepada umum,” katanya lagi.

Klik di sini untuk terus membaca