KEBIMBANGAN Kebimbangan mengenai inflasi yang tidak terkawal dan kegawatan ekonomi membuatkan ramai pelabur dan pedagang tertanya-tanya sama ada perlukah mereka mengeluarkan duit daripada akaun saham mereka? Pada pendapat saya, tidak perlu.... Klik di sini untuk terus membaca

KEBIMBANGAN Kebimbangan mengenai inflasi yang tidak terkawal dan kegawatan ekonomi membuatkan ramai pelabur dan pedagang tertanya-tanya sama ada perlukah mereka mengeluarkan duit daripada akaun saham mereka?

Pada pendapat saya, tidak perlu.

Anda tidak sepatutnya mengeluarkan duit saham tersebut. Biarlah ia tersimpan di dalam akaun saham walaupun tiada sebarang pegangan saham dibuat. Jadikan akaun amanah tersebut sebagai akaun persaraan anda di hari tua nanti.

Saya faham ramai pelabur dan pedagang runcit mula panik apabila melihat kejatuhan demi kejatuhan di pasaran saham tempatan serta luar negara.

Peluang dalam setiap krisis

Dalam bahasa Mandarin, krisis adalah ‘wei ji’ yang berasal daripada dua perkataan iaitu ‘wei xian’ yang bermaksud bahaya dan ‘ji hui’ bermaksud peluang. Secara tidak langsung, ia umpama dalam setiap krisis akan wujudnya peluang.

Begitulah juga dengan pasaran saham. Di setiap kejatuhan yang besar pastinya wujud peluang bagi mereka yang bersedia memburu saham di bawah nilai. Kita boleh gunakan strategi beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Pilih syarikat yang berpotensi

Mentang-mentang harga sudah murah, jangan pula asyik membeli tanpa membuat kajian. Labur pada syarikat yang betul-betul berpotensi, barulah akan dapat hasilnya.

Bagaimana nak cari yang berpotensi? Ada tiga perkara yang kita boleh lihat.

Pertama, apakah model perniagaan mereka? Kita perlu tahu apakah perniagaan yang mereka lakukan. Adakah perniagaan dijalankan masih relevan? Adakah perniagaan mereka adalah monopoli sesuatu industri?

Kedua, kita perlu tahu siapakah yang menguruskan perniagaan tersebut. Adakah pengarah dan pihak pengurusan merupakan orang berkelayakan serta berpengalaman dalam industri perniagaan mereka?

Ketiga, kita perlu tahu apakah nilai syarikat tersebut. Kita boleh mengkaji laporan kewangan mereka dengan melihat untung atau rugi serta dengan sedikit pengiraan, kita boleh membandingkan harga semasa dengan nilai sebenar syarikat yang akan dilaburkan.

Kaji betul-betul agar kita melabur di syarikat yang betul. Jangan main beli tanpa kaji, ia ibarat berjudi. Buat kajian, dengan izin ALLAH, anda pasti akan menemui syarikat berpotensi, sepadan dengan nilainya dan berada pada harga diskaun.

* Datuk Mohd Asri Ahmad ialah penganalisis saham

Klik di sini untuk terus membaca