PEPATAH Melayu ada berkata; 'kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak'. Pedomannya, jangan asyik menyalahkan orang lain, lihat juga entah-entah ia salah diri sendiri. Terbaca tulisan Ahli Parlimen Pasir... Klik di sini untuk terus membaca

PEPATAH Melayu ada berkata; 'kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak'.

Pedomannya, jangan asyik menyalahkan orang lain, lihat juga entah-entah ia salah diri sendiri.

Terbaca tulisan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di portal Malaysiakini berhubung isu jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan menyifatkannya sebagai balasan mungkir janji.

Hentilah menyalahkan orang lain atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) sendiri untuk kekal berkuasa.

Berhentilah menyalahkan orang lain atas kegagalan PH untuk melaksanakan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat.

Mengapa PH yang diterajui PKR hilang kuasa dan gagal melaksanakan janji-janji pilihan raya?

Kebenarannya, kegagalan tersebut berpunca daripada Presiden PKR itu sendiri yang telah berulang kali menjejaskan kerajaan PH sepanjang masa tatkala PH memerintah semata-mata untuk meneruskan obsesi beliau hendak menjadi Perdana Menteri.

Ahli-ahli Parlimen PKR sepanjang tempoh 22 bulan digerakkan untuk mengganggu dan meremehkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau berundur awal.

Malah, ada sabotaj yang dibuat terhadap pentadbiran Dr Mahathir supaya beliau dilihat tidak berupaya melaksanakan janji-janji kepada rakyat.

Bidalan Melayu berbunyi; 'alim bagai katak tepi air'. Hassan Karim adalah Ahli Parlimen PKR. Sejak bila ada perjanjian dalam PH bahawa Dr Mahathir akan menjadi Perdana Menteri hanya untuk tempoh dua tahun?

Apa yang diputuskan hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Dr Mahathir tanpa ada tarikhnya dan tempoh masanya. Tempoh dan masa tidak dijanjikan kerana tatkala PH menyertai PRU14 pun, Anwar masih di penjara.

Hassan Karim boleh meneruskan jampi politik PH dengan mengalihkan kesalahan sendiri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Polemik politik

Namun, rakyat kian sedar bahawa Muhyiddin lah yang telah memimpin negara keluar daripada polemik politik ketika itu dan menerajui negara mendepani pandemik yang paling maha dahsyat sehingga berjaya.

Amat sesuai untuk Hassan Karim dan PKR kini melakukan muhasabah dan refleksi diri kerana realitinya, satu-satunya matlamat Presiden mereka adalah untuk menjadi Perdana Menteri.

Bayangkan, betapa obsesnya untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup bekerjasama dengan kleptokrat dan kluster mahkamah dengan janji-janji yang kita semua tidak ketahui.

Jauh bezanya dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin. Pemimpin kami sanggup meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana tidak mahu tunduk untuk membebaskan kleptokrat dan kluster mahkamah.

Kebenarannya, kegagalan tersebut berpunca daripada Presiden PKR itu sendiri yang telah berulang kali menjejaskan kerajaan PH sepanjang masa tatkala PH memerintah semata-mata untuk meneruskan obsesi beliau hendak menjadi Perdana Menteri.

*Hilman Idham ialah ADUN Gombak Setia

Klik di sini untuk terus membaca