SHAH ALAM - Sudah tiba masa negara menyediakan sebuah institut pengajian tinggi khusus untuk pelajar sekolah tahfiz dan pondok.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Rabitah Institusi Pendidikan Islam Terengganu (Rabitah), Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, ia berikutan jumlah kemasukan pelajar sekolah tahfiz dan pondok semakin meningkat berbanding dahulu.
"Institusi pondok ini dahulu merundum di mata masyarakat tetapi mutakhir ini bermula pada tahun 2000 ke atas, orang mula terbuka (mengenai persepsi positif sekolah pondok).
"Bahkan sebahagian permintaan untuk hadir (daftar) ke sekolah-sekolah pondok atau tahfiz itu sangat tinggi.
"Data yang dikeluarkan menunjukkan hampir 300,000 hingga 400,000 lebih (pendaftaran). Bayangkan begitu ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar Edisi ke-360 bertajuk ‘Pondok Bukan Sarang Ekstremis’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Turut menjadi panelis adalah Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan pendakwah, Wan Ji Wan Hussin manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.
Ulas Muzaihar Kamal, tanggapan bahawa sekolah pondok merupakan sarang ekstrimis itu tidak benar sama sekali kerana ramai lepasan sekolah tersebut terdiri daripada golongan ulamak serta profesional.
"Kalau betul dikatakan bahawa sekolah pondok adalah sarang ekstrimis, tuan puan kena pergi sendiri ke pondok.
"Pondok kecil sahaja, nak buat tempat latihan dekat mana? Jika nak buat pengambilan (ekstremis) ini, ia memerlukan tempat yang besar dan lengkap,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca