SHAH ALAM - Impak jangkitan influenza kini menjadikan ubat antiviral atau ubat-ubatan lain laris bagaikan pisang goreng panas dan kehabisan stok. Berdasarkan hasil tinjauan di farmasi sekitar Shah Alam di sini, kebanyakan farmasi bukan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Impak jangkitan influenza kini menjadikan ubat antiviral atau ubat-ubatan lain laris bagaikan pisang goreng panas dan kehabisan stok.

Berdasarkan hasil tinjauan di farmasi sekitar Shah Alam di sini, kebanyakan farmasi bukan sahaja kehabisan ubat antiviral daripada pembekal, malah bekalan ubat lain turut tergendala kesan musim penyakit ketika ini.

Pemilik farmasi di Seksyen 15 di sini, Chua Ee Meei berkata, setiap hari pihak farmasi terpaksa berdepan dengan pelanggan atau ibu bapa yang kecewa apabila mereka mengatakan bahawa ubat diminta sudah kehabisan stok.

"Kami memang kehabisan stok untuk semua ubat influenza seperti Straflu-75, Fluhalt dan Tamiflu.

Ia berlaku setiap kali musim penyakit tiba sama seperti dua ke tiga tahun lepas.

"Antara ubat lain yang mempunyai permintaan tinggi adalah ubat demam seperti parasetamol, ubat sirap batuk dan selesema,” katanya.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan (KKM) menerima jaminan daripada syarikat pengeluar bahawa bekalan ubat dijangka meningkat apabila negara mengimport lebih banyak bahan farmaseutikal aktif (API) bermula bulan depan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kementerian akan mendahulukan stok penimbal kerajaan Persekutuan bagi menampung kekurangan ubat-ubatan terutama di fasiliti kesihatan swasta.Susulan itu, Ee Meei berkata, tidak mustahil harga ubat-ubatan boleh meningkat daripada pembekal selain faktor peningkatan harga barang.

Dalam pada itu, pembantu farmasi di Seksyen 9, Amy Zaabar berkata, akibat kenaikan kes influenza, setiap hari pasti ada pelanggan yang datang mencari ubat di farmasi tersebut.

"Sehari lebih kurang tujuh pelanggan datang untuk membeli ubat influenza.

Dalam minggu ini sahaja lebih 10 orang.

"Farmasi kami tidak menjual ubat antiviral kerana harganya mahal.

Oleh itu, kami mencadangkan ibu bapa membeli ubat antibiotik dan semburan antiseptik untuk tekak bagi anak-anak mereka,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca