MACAM-MACAMLAH musibah yang menimpa negara kita. Belum habis cerita skandal 1MDB, timbul pula cerita 'agihan' syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan terbaru, kes kapal tempur (LCS). Peliknya mereka yang terpalit lebih kurang... Klik di sini untuk terus membaca

MACAM-MACAMLAH musibah yang menimpa negara kita.

Belum habis cerita skandal 1MDB, timbul pula cerita 'agihan' syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan terbaru, kes kapal tempur (LCS).

Peliknya mereka yang terpalit lebih kurang sama orangnya.

Cerita kerajaan bayar RM6 bilion ringgit tapi kapal dijanjikan tak muncul, jadi cerita hangat dalam kalangan rakyat.

Yang marah memang ramai, yang jadikan bahan jenaka pun banyak juga. Ada yang kata, sepatutnya Amerika Syarikat (AS) dan Rusia belajar teknologi buat 'kapal ghaib' macam kita.

AS ada pesawat jenis Stealth yang tak boleh dikesan radar. Kita ada kapal 'halimunan' yang tak muncul-muncul di alam nyata.

Pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) cukup memeranjatkan. PAC adalah jawatankuasa ditubuhkan Parlimen dengan keanggotaan daripada semua parti utama. Jadi usaha nak kecam PAC tak patut.

Awang juga kesal Bossku Tuk Seri Najib cari salah semua orang lain. Beliau salahkan kerajaan Pakatan Harapan dan PAC yang katanya Pengerusinya ialah orang DAP. Awang setuju dengan Syed Saddiq bahawa Bossku patut jawab semua hal babitkan LCS di Parlimen.

Kata Rafizi ada 'tangan ghaib' dalam skandal ini. Sama-samalah kita ikuti pendedahan beliau satu persatu dalam drama bersiri skandal LCS.

Klik di sini untuk terus membaca