AWANG ucap tahniah pada Tuk Seri Hishammuddin Hussein yang beri jaminan siapa yang bersalah dalam skandal ini tetap akan diambil tindakan. Itu sikap yang baik.
Menurut beliau, Kementerian Pertahanan telah bagi kerjasama penuh pada PAC dalam siasatan itu.
Beliau juga bagi jaminan kapal pertama LCS akan siap dalam masa dua tahun lagi.
Walaupun nampaknya macam janji kosong tapi Awang menaruh keyakinan hal itu boleh berlaku.
Sepatutnya enam buah kapal itu sudah diserahkan tahun ini atau tahun depan, tapi nampaknya tidak berlaku.
Yang menariknya kapal keenam diberi nama KD Mat Kilau.
Kesemua kapal itu ambil sempena nama pejuang kebangsaan.
Tapi yang kita tengok filemnya yang berjaya, kapalnya entah bila boleh belayar.
Ada pula pandangan mengatakan hal LCS tak usah dibincangkan secara terbuka dalam Parlimen.
Kononnya dengan cara itu akan mendedahkan 'rahsia' ketenteraan kita. Awang tak setuju pandangan itu.
Awang nak tanya apakah dengan 'menutup' kes itu akan memberikan jaminan keselamatan?
Bukankah kesemua kapal itu sepatutnya sudah berada di laut kita untuk menjaga keselamatan perairan?
Awang setuju kalaulah pandangan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada masa itu diberikan perhatian, skandal tersebut tak mungkin berlaku.
Harap-harap nasi tak jadi bubur kali ini!
Klik di sini untuk terus membaca