SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memberitahu bahawa pihaknya sudah pun selesai memberikan keterangan berhubung isu Tabung Haji (TH). Jelasnya, keseluruhan rumusan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memberitahu bahawa pihaknya sudah pun selesai memberikan keterangan berhubung isu Tabung Haji (TH).

Jelasnya, keseluruhan rumusan laporan itu juga sepatutnya sudah siap Jun lalu, namun terpulang kepada jawatankuasa siasatan sama ada mahu mendedahkannya kepada umum ataupun tidak.

"Kami semua dah selesai bagi keterangan dan testimoni. Sepatutnya bulan Jun telah pun siap keseluruhan rumusan tersebut.

"Tetapi terpulang kepada jawatankuasa siasatan sama ada mereka nak mendedahkannya ataupun mereka nak ‘keep under the shelve’. Itu terpulang,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan pada program Bersama Johan Jaafar di Kompleks Karangkraf, pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai status siasatan terhadap TH.

Tambah Mujahid, beliau juga teruja menanti laporan tersebut ekoran dakwaan yang mengatakan beliau banyak menjual aset TH sebelum ini.

"Saya pun teruja menanti bila akan keluar sebab saya disebut banyak kali dalam (laporan) tu. Saya jual aset, jual itu ini. Jadi, saya nak tunggu lah betul ke Mujahid ini jual,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mujahid turut mendakwa bahawa sepanjang beliau menstruktur semula TH, kebanyakan isu yang melingkari TH lebih berunsurkan politik.

"Sepatutnya kita melihat ia sebagai satu kejayaan dalam memulihkan TH. Ini kerana kita mempunyai sembilan juta umat Islam yang ada di negara ini,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca