AWANG sebetulnya tidak faham apa perlunya ditubuhkan satu jawatankuasa siasatan khas dalam kes membabitkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Lebih pelik lagi yang arahkan penubuhan itu adalah Tuk Seri Perdana Menteri sendiri. Awang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sebetulnya tidak faham apa perlunya ditubuhkan satu jawatankuasa siasatan khas dalam kes membabitkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Lebih pelik lagi yang arahkan penubuhan itu adalah Tuk Seri Perdana Menteri sendiri.

Awang setuju dengan pandangan beberapa orang mantan pegawai tinggi kerajaan bahawa penubuhan jawatankuasa itu adalah satu overkill.Yang menjadi anggota jawatankuasa itu bukan calang-calang orang, termasuk Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya SPRM.

Jikalau Awang pegawai tinggi kerajaan pun, Awang akan rasa kecil hati dengan penubuhan jawatankuasa itu.

Semangat pegawai kanan kerajaan sebelum ini memang terguris akibat dua pegawai diplomatik "dihukum”.

Kes kali ini membabitkan orang nombor dua dalam perkhidmatan awam.

Beliau disebut-sebut ada peluang jadi Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Khabarnya beliau memang layak.

Bukanlah Awang nak pertahan Shafiq. Sekiranya betul beliau keluarkan kata-kata kesat atau mengherdik pegawai terbabit memang hal itu dikesali. Patut sangat beliau minta maaf.

Tapi jikalau teguran itu berasas dan pegawai yang ditegur memang bersalah atau lalai, kenapa pula Shafiq yang dihukum?

Apakah budaya kakitangan kerajaan sekarang tak boleh ditegur oleh Boss? Apakah mereka sudah jadi lemak dan lembut?

Bagaimana nak pulihkan imej perkhidmatan kerajaan kalau begitu?

Patutlah media sosial balun sesetengah pegawai kerajaan kaw-kaw!

Klik di sini untuk terus membaca