SATU masa dulu kerajaan ajak kakitangannya dan rakyat pandang ke Timur. Mari kita melihat ke Jepun. Banyak pengajaran dari sana.
Kita disuruh belajar cara mereka bekerja dan dedikasi mereka pada kerja. Kita mahu contohi etika kerja mereka.
Pekerja yang berdedikasi, tekun dan penuh semangat adalah kunci kejayaan Jepun. Mereka kalah perang pada tahun 1945, tetapi bangkit dari musibah itu.
Dalam tempoh 19 tahun selepas perang tamat, Tokyo jadi tuan rumah Sukan Olimpik tahun 1964.
Jepun tunjuk kehebatan teknologi mereka termasuk memulakan kereta api peluru yang pertama di dunia.
Sampai hari ini, budaya kerja Jepun tak berubah. Kerja macam agama bagi mereka.
Oleh sebab itu, mereka berjaya dalam semua lapangan. Mereka tak fikir nak kurangkan waktu kerja sampai hari ini.
Kita nampaknya nak ikut cara orang Barat. Kerja kurang, rehat lebih. Kalau boleh kerja tiga hari seminggu. Tapi kita bukan macam negara Barat yang maju.
Kita masih negara membangun. Kita masih bergantung pada sumber alam seperti minyak dan ladang kelapa sawit. Kita belum sampai pada tahap teknologi kreatif yang tinggi.
Awang rasa pelik juga apabila kerajaan ambil langkah nak kurangkan waktu kerja dari 48 jam seminggu ke 45 jam.
Memanglah tiga jam nampak kecil. Tapi cuba darabkan dengan produktiviti sejuta lebih orang kakitangan kerajaan.
Kakitangan kerajaan pun dah banyak "berehat” semasa pandemik Covid-19.
Kerja pun belum sepenuh masa sekarang. Janganlah nak fikirkan kurangkan waktu jam kerja pula.
Klik di sini untuk terus membaca