KUALA LUMPUR – Jika UMNO dan Pas bergabung, belum tentu 31 kerusi Parlimen bersifat marginal dengan majoriti pengundi Melayu dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR – Jika UMNO dan Pas bergabung, belum tentu 31 kerusi Parlimen bersifat marginal dengan majoriti pengundi Melayu dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, sejak tahun 2018 hingga ke hari ini, sudah pasti dengan Undi 18 dan pendaftaran automatik pengundi baharu, keadaan di kawasan Parlimen terlibat tidak sama seperti dahulu.

Menurut beliau, dengan hanya mengambil angka dan menggabungkannya, tidak semestinya menjadi realiti dalam PRU15 nanti.

"Apabila kita ambil kira situasi politik dan ekonomi, sudah pasti sukar untuk jangka keputusan di bahagian Parlimen itu,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan muka hadapan Sinar Ahad berhubung 31 kerusi Parlimen yang menjadi idaman parti politik di negara ini menjelang PRU15.

Berdasarkan data undi PRU14 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebuah badan penyelidikan politik tempatan, O2 Research Malaysia melalui satu analisis pada tahun lalu mengunjurkan sekurang-kurangnya 27 kerusi Parlimen milik pembangkang berpotensi dimenangi UMNO-Pas pada PRU15 sekiranya koalisi Muafakat Nasional berjaya direalisasikan secara tidak rasmi.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, bagi PKR dan Pakatan Harapan, usaha sedang dilipat gandakan bagi mengekalkan momentum kemenangan di kawasan berkenaan.

Sinar Premium pada Ahad mengenal pasti 31 kerusi Parlimen yang menjadi idaman parti-parti politik di negara ini menjelang PRU-15.

31 kerusi Parlimen jadi tumpuan.

Berdasarkan data undi PRU14 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebuah badan penyelidikan politik tempatan, O2 Research Malaysia melalui satu analisis pada tahun lalu mengunjurkan sekurang-kurangnya 27 kerusi Parlimen milik blok pembangkang berpotensi dimenangi UMNO-Pas pada PRU15 sekiranya koalisi MN berjaya direalisasikan secara tidak rasmi.

Analisis susulan Sinar Premium menerusi data SPR turut mendapati sejumlah empat kerusi Parlimen tambahan yang kini dimiliki Bersatu dan PN iaitu Tambun, Sungai Besar, Titiwangsa dan Indera Mahkota berisiko besar dirampas PH sekiranya tiada usaha perundingan dicapai di antara MN mahupun Perikatan Nasional (PN)-Barisan Nasional (BN).

Penyelidik Kanan O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kaedah campuran undi asas UMNO dan Pas pada PRU14 di mana kesemua 27 kerusi ‘panas’ itu terdiri daripada kerusi bersifat marginal dan majoriti pengundi Melayu melebihi 51 hingga 65 peratus.

Antara kerusi Parlimen berkenaan ialah Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu, Alor Setar (Kedah); Parit Buntar, Lumut dan Tanjung Malim (Perak) dan Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kapar dan Kuala Langat (Selangor).

Selain itu, kerusi berpotensi lain dimenangi gabungan MN ialah di Raub, Kuantan, Temerloh dan Bentong (Pahang); Sri Gading, Simpang Renggam (Johor); Wangsa Maju (Kuala Lumpur); Kangar (Perlis); Putatan (Sabah); Tangga Batu (Melaka) dan Tampin (Negeri Sembilan).

Klik di sini untuk terus membaca