AWANG rasa pelik dengan sikap sesetengah pemimpin UMNO yang anggap skandal kapal tempur pesisir (LCS) sebagai "isu yang dimainkan pembangkang.” Kata mereka LCS akan dijadikan macam 1MDB dalam PRU15.
Cuba kita ingat balik kes 1MDB. Berapa kerat pemimpin UMNO yang persoal isu itu? Semua takut nak bersuara.
Semua pertahan Bossku Tuk Seri Najib. Apabila Tan Sri Muhyiddin dan Tuk Seri Shafie Apdal bangkitkan, mereka kena singkir. Apa jadi akhirnya? 1MDB jadi skandal kewangan terbesar di dunia.
Awang terkejut juga apabila Tuk Seri Mad Hassan kata "jangan percaya tuduhan Rafizi” pasal LCS.
Dia kata Rafizi akan buat apa saja untuk musnahkan UMNO dan BN. "Tugas kita adalah untuk menongkah arus atau membidas segala tuduhan.”
Apakah Tuk Mad percaya LCS satu tuduhan liar? Apakah PAC buat fitnah? Apakah rakyat sokong siapa pun yang bertanggungjawab terhadap skandal itu?
Patutnya Tuk Mad ambil sikap, siasat sampai ke akar umbi. Siapa bersalah akan dihukum. Bukan pertahankan mereka.
Apa jadi kalau siasatan kemudian buktikan mereka memang bersalah? Apakah Tuk Mad sedia "menongkah arus” mempertahankan mereka yang salah laku macam dalam kes 1MDB?
Pengundi hukum UMNO akibat skandal 1MDB. Apakah beberapa skandal terbaru daripada UKSB ke LCS akan buat pengundi marah lagi?
Klik di sini untuk terus membaca