AWANG tak terperanjat bahawa 500,000 tenaga kerja Bangladesh akan dibawa masuk dalam masa tiga tahun ini. Ini akibat daripada perjanjian persefahaman (MoU) antara Bangladesh dan Malaysia.
Awang tak tahu berapa banyak pula pekerja dari Indonesia, India, Nepal atau lain-lain yang akan dibawa masuk.
Kalau dari Bangladesh sahaja setengah juta orang, Awang ramalkan sekurang-kurang dua juta tenaga kerja asing yang akan dibawa masuk ke Malaysia. Itu belum lagi tenaga kerja yang masuk cara haram.
Memang kita dengar rungutan industri perladangan dan perkhidmatan berkenaan kurang tenaga kerja. Ladang sawit kita perlukan tenaga asing. Pekedai makan pun komplen tak cukup pekerja.
Orang muda kita nampaknya lebih suka kerja yang dianggap ringan dan tak perlu ikut banyak arahan, macam hantar makanan melalui Grab Food atau Food Panda.
Nampaknya sampai bila pun kita akan perlukan tenaga asing. Rakyat kita tak banyak yang mahu kerja dalam sektor itu.
Kilang-kilang kita pun guna banyak tenaga asing, baik kilang elektronik atau buat sarung tangan getah.
Pemodal asing pun fikir dua kali nak melabur di sini kalau pekerja mereka datang dari negara lain.
Pada pendapat Awang yang tak pandai ini, selagi kita tak keluar daripada teknologi lama ke teknologi kreatif dan canggih, sampai bila pun Malaysia akan bergantung pada tenaga asing.
Kebanjiran tenaga asing bermakna bertambah masalah sosial di negara kita.
Klik di sini untuk terus membaca