JAWATANKUASA Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JSTUPKK) membuat tiga rumusan penemuan siasatan berkaitan skandal tadbir urus Kementerian Pertahanan (Mindef) bagi kontrak pembekalan perolehan enam buah kapal tempur... Klik di sini untuk terus membaca

JAWATANKUASA Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JSTUPKK) membuat tiga rumusan penemuan siasatan berkaitan skandal tadbir urus Kementerian Pertahanan (Mindef) bagi kontrak pembekalan perolehan enam buah kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Melalui laporan setebal 106 muka surat yang dinyahrahsiakan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Ogos lalu, JSTUPKK merumuskan perolehan LCS mempunyai tiga kelemahan iaitu kelemahan perancangan, kelemahan proses perolehan dan kelemahan pengurusan kontrak.

Menurut laporan yang disiarkan di portal Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Rabu, jawatankuasa itu juga mendedahkan, syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) mempunyai kelemahan dari aspek pengurusan dan kekangan kewangan yang amat kritikal.

Berikut merupakan rumusan penuh JSTUPKK:

1. KELEMAHAN PERANCANGAN

Kaedah perolehan secara contractor driven

Projek pembinaan LCS merupakan contractor driven melalui kaedah secara rundingan terus. Ini dibuktikan berdasarkan bermula dari tahun 2007, BNS telah berulang kali mengemukakan surat permohonan kepada Mindef supaya surat niat dikeluarkan bagi tujuan memulakan perancangan dan pembinaan LCS berdasarkan perjanjian penswastaan 1995.

Antara alasan yang dikemukakan oleh BNS bagi menyegerakan pengeluaran Surat Niat adalah bagi memastikan limbungan kapal di Lumut digunakan secara optimum selepas menyiapkan pembinaan enam buah PV sebelum ini. BNS turut mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan dan memajukan beberapa surat kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan

Jawatankuasa Siasatan mendapati Mindef telah bersetuju dengan syor BNS dalam memllih reka bentuk GOWIND dari DCNS (kini digelar Vanal Group), Perancis sebagaimana persetujuan Menteri Pertahanan dalam surat kepada BNS pada 11 Julal 2011. Keputusan tersebut didapati bertentangan dengan pendirian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang bersependapat dengan TLDM selaku end user untuk memilih reka bentuk SIGMA dari Belanda semasa taklimat TLDM yang diadakan pada 26 Mei 2011.

Jawatankuasa Siasatan juga mendapati kesungguhan BNS untuk memilih reka bentuk GOWIND disebabkan mereka telah mengadakan perbincangan dan rundingan lebih awal dengan DCNS untuk melaksanakan pembinaan LCS.

Ini dapat dibuktikan apabila BNS telah mengeluarkan Surat Niat kepada DCNS pada 13 Julai 2011, dua hari selepas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan persetujuan dengan syor BNS.

Malahan BNS juga telah memulakan proses Conceptual Design bersama DNS mulai pada 25 Julai 2011 laitu sebelum SST asal dikeluarkan pada 16 Disember 2011. Kaedah pemilihan kontraktor secara contractor driven dan juga penetapan pemilihan reka bentuk LCS adalah berdasarkan kepada syor pihak syarikat BNS dan tidak mengambil kira pandangan pengguna (end user) laitu TLDM.

Penyediaan cadangan reka bentuk kapal dan peralatan utama

Cadangan bagi menetapkan spesifikasi reka bentuk kapal dan peralatan telah melalui beberapa siri perbincangan diadakan antara TLDM dan BNS sebelum SST dikeluarkan kepada Syarikat BNS.

Mengikut perancangan asal, BNS dikehendaki memutuskan rakan kongsi dan opsyen reka bentuk kapal berdasarkan pembentangan dilaksanakan BNS sebelum 31 Januari 2011. Namun pemilihan tersebut gagal dikemukakan oleh BNS kepada TLDM dalam tempoh ditetapkan.

Pemilihan reka bentuk dan combat management system

TLDM telah menilai opsyen pembentangan BNS dan seterusnya mencadangkan untuk memilih reka bentuk SIGMA dari Belanda kepada Menteri Pertahanan dan dipersetujui.

Pada 26 Julai 2011, Panglima Tentera Laut (PTL) menulis surat kepada Ketua Setiausaha (KSU) Mindef untuk menjelaskan secara terperinci kriteria kelebihan/kekurangan pilihan reka bentuk kapal SIGMA dan Combat Management System (CMS) pilihan TLDM iaitu CMS TACTICS dari Thales, Perancis.

Manakala BNS, telah memberikan ulasan menyokong reka bentuk GOWIND melalui maklum balas kepada KSU Mindef bertarikh 3 Ogos 2011.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemantauan Perolehan Kelengkapan dan Perkhidmatan Siri 4/11 Mindef, yang bersidang pada 12 Ogos 2011 telah menerima cadangan BNS ke atas pemilihan reka bentuk GOWIND bagi perolehan LCS.

Keputusan Mindef tersebut dibuat tanpa merujuk atau berbincang dengan TLDM selaku pengguna. Mengikut PTL, sebelum ini tidak pernah berlaku pemilihan reka bentuk ditentukan oleh kontraktor utama dan bukan oleh pihak pengguna (end user).

Mindef tidak mengutamakan kepentingan dan pandangan pihak TLDM (end user) tetapi lebih cenderung dengan cadangan BNS,

PTL memaklumkan dalam suratnya kepada KSU Mindef bertarikh 17 Ogos 2011, proses sebut harga bagi CSM SETIS dari DCNS telah melanggar tatacara yang diamalkan bagi proses tender antarabangsa (Standard Practice of International Tendering Process) kerana sebelum ini DCNS tidak disenaraikan dalam lima (5) OEM asal yang telah dijemput oleh BNS untuk memajukan sebut harga CMS.

PTL Juga menyatakan terdapat unsur-unsur manipulasi penilaian data oleh Tim Penilai BNS untuk memberikan misrepresentation maklumat kepada Lembaga Pengarah BNS. Perkara ini berlaku semasa Analysis On BNS Evaluation for CMS kepada TLDM pada 11 Julai 2011. Data teknikal untuk penilaian dikemukakan oleh DCNS selepas dua bulan tarikh tutup sebut harga CMS.

Selain itu, Memorandum Ketua Setiausaha Mindef bertarikh 19 September 2011 yang disediakan untuk perakuan Menteri Pertahanan mendapati maklumat tidak tepat mengenal harga CMS SETS.

Bahagian Perolehan menyatakan tawaran harga CMS SETIS berjumlah RM270 juta adalah termasuk sistem dan proses integral secara keseluruhan berbanding CMS TACTICOS iaitu berjumlah RM349.45 juta, lebih rendah berbanding CMS TACTICS.

Bagaimanapun, sebenarnya harga CMS SETIS iaitu RM270 juta adalah tidak termasuk sistem dan proses integral serta currency hedging sebagaimana dilaporkan oleh TLDM dalam suratnya bertarikh 26 Julai 2011 kepada KSU Mindef. Sebaliknya CMS SETIS yang terdapat di dalam kontrak adalah sebanyak RM479.4 juta iaitu meningkat sebanyak RM209.4 juta.

Berdasarkan kepada memorandum tersebut, akhirnya pada 26 September 2011, Menteri Pertahanan telah memperakukan CMS SETIS dari DCNS bagi perolehan LCS sebagaimana cadangan BNS dengan sokongan dari Bahagian Perolehan, Mindef.

Pemilihan peralatan utama bagi LCS

Semasa taklimat kepada Menteri Pertahanan pada 26 Mei 2011, TLDM telah memilih 17 peralatan utama dan satu CMS yang dipersetujui Menteri Pertahanan. BNS pula telah mengemukakan perbandingan cadangan peralatan utama pilihan TLDM dan pilihan BNS.

Mengikut BNS, kedua-dua cadangan ini telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian BNS berdasarkan kriteria yang ditetapkan serta kesediaan OEM yang terlibat untuk menawarkan program offset.

Akhirnya, TLDM bersetuju dengan 13 daripada 17 cadangan peralatan dan baki empat peralatan sebagaimana cadangan BNS akan dipertimbangkan bersama dengan TLDM selanjutnya.

Bagaimanapun, empat peralatan tersebut telah diangkat oleh Mindef tanpa dirujuk kepada TLDM untuk kelulusan MOF pada 14 Disember 2011 dan seterusnya diluluskan oleh MOF pada 15 Disember 2011.

Jawatankuasa Siasatan mendapati kaedah penetapan pemilihan reka bentuk, Combat Management System dan sebahagian peralatan utama adalah berdasarkan kepada syor dan pandangan BNS sebaliknya bukan sepenuhnya daripada TLDM.

Keputusan tersebut tidak memihak kepada TLDM selaku pengguna (end user) yang sewajarnya lebih arif dalam menentukan peralatan yang dipilih, menepati spesifikasi dan keperluan operasi.

'Due diligence' terhadap syarikat BNS tidak dilaksanakan

Mengikut amalan tadbir urus terbaik, proses due diligence secara komprehensif hendaklah dilaksanakan semasa pemilihan syarikat dibuat. Berdasarkan amalan tadbir urus yang baik, proses due diligence seharusnya meliputi antara lain seperti:

- Semakan Referee: Semakan dengan pelanggan terdahulu.

- Kelayakan: Semakan SSM, CIDB dan lain-lain.

- Analisis Kewangan: Kedudukan kewangan terkini dan akan datang, pinjaman, liquidity, audited account.

- Analisis Pemilikan: Latar belakang syarikat, siapa pemilik, hubungan dengan stakeholder, berapa lama syarikat ditubuhkan dan lain-lain.

Analisis Delivery: Track record, maklumat tambahan yang diperoleh daripada referee, sistem dan proses syarikat dan lain-lain.

- Lawatan Syarikat: Kaedah operasi, kapasiti, pematuhan peraturan dan lain-lain.

- Lawatan Klien: Feedback mengenai prestasi syarikat - kualiti, harga, ketetapan masa.

- Semakan: Interlink antara syarikat yang masuk tender/semakan media - reputasi/skandal dan lain-lain.

- Keselamatan: Semakan kes mahkamah / pelanggaran undang-undang.

Jawatankuasa Siasatan mendapati perkara-perkara berikut:

A. Keupayaan kewangan BNS yang terhad

Syarikat BNS memohon wang pendahuluan sebanyak 20 peratus iaitu RM1.8 bilion daripada nilai kontrak untuk memulakan projek LCS. Wang pendahuluan ini diperlukan oleh BNS untuk membayar OEM/pembekal bagi perolehan peralatan, perkhidmatan reka bentuk dan kejuruteraan yang dianggarkan sejumlah RM1.9 bilion.

Bagaimanapun, MOF telah meluluskan wang pendahuluan sejumlah RM1.365 bilion atau 14.95 peratus daripada nilai kontrak iaitu RM9.128 bilion. Selain daripada itu, MOF juga telah memberi pengecualian bagi jaminan bank sebanyak RM836.9 juta bagi wang pendahuluan yang diluluskan.

Jawatankuasa Siasatan mendapati kelulusan wang pendahuluan sebanyak RM1.365 bilion kepada BNS dan pengecualian jaminan bank oleh BNS adalah di luar kebiasaan daripada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dan PK4 - Pentadbiran Kontrak Perolehan Kerajaan Secara Am yang menetapkan had maksimum wang pendahuluan yang dibenarkan adalah 25 peratus dari kos projek atau RM10 juta mengikut mana yang rendah. Ini membuktikan syarikat mempunyai keupayaan kewangan yang terhad bagi melaksanakan perolehan ini.

B. Prestasi kewangan yang lemah

Analisis terhadap penyata kewangan BNS bagi tempoh tahun 2014 hingga 2018 mendapati syarikat mengalami kerugian tiga daripada lima tahun tersebut. Kerugian terkumpul BNS didapati meningkat berjumlah RM462 juta pada tahun 2018 sehingga menjejaskan ekuiti syarikat kepada negatif RM332 juta (saham berbayar RM130 Juta).

Jumlah pemiutang yang tinggi

Mengikut Laporan Kemajuan Projek LCS, masalah pengurusan kewangan dan aliran tunai yang dihadapi BNS menyebabkan pembayaran kepada OEM dan pembekal tertangguh. Akibatnya syarikat enggan membekal bahan mentah dan peralatan sehingga kerja pembinaan di limbungan terhenti.

Didapati, sehingga 31 Mei 2019, kedudukan keseluruhan pemiutang (creditors) BNS berjumlah RM801.11 juta dengan pemiutang projek LCS berjumlah RM733.55 juta.

Syarikat BNS dibebani pinjaman yang tinggi

Bagi menampung aliran tunai dan pembiayaan pelaksanaan pembinaan LCS, syarikat BNS telah mendapatkan pinjaman dari bank dan syarikat induk iaitu BHB untuk menampung modal kerja.

Sehingga 31 Mei 2019, pinjaman BNS berjumlah RM956.86 juta terdiri daripada sebanyak RM354.96 juta hutang jangka pendek dan sejumlah RM601.90 juta pinjaman jangka panjang. Sejumlah RM50 juta pinjaman diperoleh daripada BHB.

Selain itu, analisis nisbah hutang bagi mengukur peratusan jumlah aset dibiayai hutang mendapati trend yang membimbangkan. Syarikat BNS dijangka akan menghadapi kesukaran dan ketidakupayaan membayar faedah dan hutangnya dalam jangka panjang sekiranya keadaan kewangan berterusan lemah.

C. Prestasi kontrak terdahulu

BNS adalah kontraktor sambungan bagi projek perolehan NGPV sejak 2 Disember 2005. Terdapat beberapa kelemahan telah dibangkitkan bagi perolehan NGPV dalam Laporan Akhir oleh Pasukan Projek NGPV-TLDM, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006 dan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 15 Jun 2005. Antara kelemahan yang dibangkitkan adalah seperti berikut:

I. Kelewatan penyerahan kapal NGPV oleh PSC-NDSB/BNS berpunca daripada masalah kewangan dan aliran tunai syarikat sehingga berlaku pengambilalihan PSG-NDSB (sekarang dikenali sebagai BNS) oleh BHB. Sub kontraktor dan pembekal enggan meneruskan perkhidmatan kerana tidak mendapat

bayaran.

II. Kelemahan klausa kontrak tidak menjaga kepentingan Kerajaan mendedahkan kepada risiko kerugian antaranya:

- syarat pengiraan denda lewat maksimum dihadkan pada kadar 6 peratus daripada kos setiap kapal;

- klausa kontrak asal dipinda supaya bon pelaksanaan dikemukakan selepas bayaran pendahuluan diberikan; dan

- bayaran perolehan dibuat berdasarkan pengesahan pesanan (confirmation order) sahaja tanpa pengesahan penerimaan barang tersebut.

III.Aktiviti pembinaan kapal yang perlahan disebabkan sebahagian kerja pembinaan kapal oleh sub kontraktor tempatan yang kurang berpengalaman dan rendah kualiti kerja, melakukan banyak kesilapan dan gagal menyiapkan kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta kelemahan penyeliaan oleh BNS.

IV.Jadual perancangan kerja tidak mengambil kira time in hand bagi kelewatan membekalkan alat ganti menyebabkan jadual kerja tertangguh dan penjadualan semula berulang kali seterusnya berlaku peningkatan kos.

V.Kelemahan detail design, production drawings dan perolehan menyebabkan kerja pemasangan paip, kabel dan peralatan tidak mengikut jadual yang ditetapkan.

D. Tuntutan perundangan daripada syarikat Ingat Kawan Sdn Bhd

BNS sedang menghadapi tuntutan tindakan perundangan daripada syarikat Ingat Kawan Sdn Bhd berjumlah RM50 juta bermula daripada 14 Mac 2013. Tindakan tersebut masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak.

Jawatankuasa Siasatan mendapati due diligence yang komprehensif tidak dilaksanakan oleh Mindef terhadap BNS dan berasaskan maklumat tersebut keupayaan BNS untuk melaksanakan kontrak pembinaan LCS pada masa akan datang amat diragui.

2. KELEMAHAN PROSES PEROLEHAN

Rundingan harga yang tidak realistik dan berlanjutan

Bagi memuktamadkan harga kontrak, sebanyak empat kali rundingan harga telah dibuat di antara BNS dan Mindef.

Pada 15 Oktober 2012, BNS telah mengemukakan tawaran harga perolehan LCS berjumlah RM10.524 bilion disebabkan tambahan spesifikasi peningkatan reka bentuk stealth level kapal, peningkatan fasiliti helikopter EC725 serta pembangunan infrastruktur Shore dan Software Integration Facility.

Harga tersebut telah dirundingkan bersama dengan Mindef menjadi RM9.472 bilion iaitu pengurangan sejumlah RM1.052 bilion juta atau 10 peratus.

Pada keesokan harinya iaitu 16 Oktober 2012, BNS sekali lagi telah mengemukakan tawaran harga yang baru berjumlah RM10.300 bilion. Harga ini juga telah dirundingkan bersama Mindef dengan pengurangan sejumlah RM625 juta (6.07 peratus) menjadikan harga yang dipersetujui kepada RM9.675 bilion.

Seterusnya, rundingan harga ketiga telah dilaksanakan pada 5 November 2012 iaitu daripada RM9.675 bilion telah dirundingkan kepada RM9.693 bilion. Terdapat kenaikan harga dalam rundingan tersebut sebanyak RM18 juta atau 0.19 peratus.

Akhirnya pada 10 Julai 2013, rundingan harga yang keempat telah dilaksanakan iaitu daripada RM9.693 bilion yang dipersetujui sebelum ini diturunkan kepada RM9 bilion iaitu pengurangan sebanyak RM693 juta atau 7.15 peratus.

Pada 30 Ogos 2013, Mesyuarat Lembaga Perolehan A (Bekalan) Mindef telah memperakukan perolehan LCS dilaksanakan oleh BNS dengan had siling berjumlah RM9 bilion. Keputusan Lembaga Perolehan A juga menetapkan semua elemen ILS (kecuali on board spares, FONS, dokumentasi dan latihan) dipohon melalui peruntukan Belanja Mengurus pada masa hadapan.

Jawatankuasa Siasatan berpendapat rundingan harga yang diadakan berdasarkan tawaran BNS adalah tidak realistik. Ini adalah kerana BNS menawarkan harga perolehan projek dalam tempoh selang sehari iaitu pada 15 dan 16 Oktober 2012 dengan perbezaan sebanyak RM224.59 juta.

Selain itu, walaupun tawaran harga pertama telah dirundingkan kepada RM9.472 bilion, BNS telah menawarkan harga yang kedua melebihi dari harga yang telah dirundingkan iaitu RM10.300 bilion.

Didapati harga yang dirundingkan bagi kali kedua iaitu RM9.675 bilion adalah lebih tinggi sebanyak RM203 juta daripada harga yang dirundingkan kali pertama iaitu RM9.472 bilion.

Proses rundingan harga berlarutan sehingga 9 bulan untuk dimuktamadkan bagi mendapatkan kelulusan MOF. Ini kerana kesukaran untuk mendapat persetujuan bersama antara Mindef dan BNS di mana akhirnya elemen Integrated Logistic Support dikeluarkan daripada skop kontrak, kecuali on board spares, FONS, dokumentasl dan latihan.

Ketidakaturan proses perolehan

Jawatankuasa Siasatan mendapati, proses rundingan harga telah dilaksanakan selepas SST Asal dikeluarkan iaitu pada 16 Disember 2011. Sepatutnya proses rundingan harga dilaksanakan dan dimuktamadkan sebelum SST dikeluarkan. Amalan ini adalah tidak teratur sebagaimana ditetapkan dalam peraturan kewangan semasa.

Isu berkaitan ILS dan trials

Didapati Integrated Logistic Support (ILS) berjumlah RM121,554,502 yang termasuk dalam tawaran harga BNS pada 26 April 2013 telah diselaraskan (set-off) kepada butiran peralatan Trials and Commissioning; SecondThird Tier dan ESWBS - Expanded Ship Work Breakdown dan Project Risk Insurance.

Kesan daripada set-off ini menyebabkan kos bagi peralatan Trials and Commissioning telah bertambah manakala Non Major Equipment dan Project Risk Insurance dikurangkan.

Pada 1 November 2018, MOF telah meluluskan perolehan ILS dan Trial Aids kepada BNS dengan anggaran kos RM600 juta secara rundingan terus dengan surat dihantar kepada BNS pada 19 November 2018.

Perolehan ini dibuat susulan keputusan Lembaga Perolehan A yang bersidang pada 30 Ogos 2013, yang mengeluarkan elemen ILS (kecuali on board spares, FONS, dokumentasi dan latihan).

Lembaga Perolehan A (PA) Mindef telah menetapkan semua elemen ILS (kecuali on board spares, FONS, dokumentasi dan latihan) dipohon melalui peruntukan Belanja Mengurus.

Bagaimanapun, didapati elemen ILS sepatutnya tidak memasukkan perolehan dokumentasi berjumlah RM50.66 juta dan latihan berjumlah RM132.85 juta sebagaimana diputuskan Lembaga Perolehan Mindef pada 30 Ogos 2013. Kos perolehan kedua-dua ini sewajarnya dimasukkan sekali dalam had bumbung RM9 bilion atau di set-off daripada pakej ILS yang dikeluarkan itu berjumlah RM121,554,502.

3. KELEMAHAN PENGURUSAN KONTRAK

Prestasi Pelaksanaan Projek Tidak Memuaskan

Berdasarkan perancangan pembinaan dalam kontrak, sehingga 31 Mei 2019, peratusan kemajuan pembinaan sepatutnya ialah 74.73 peratus berbanding kemajuan sebenar iaitu 53.29 peratus. Berlaku kelewatan pembinaan iaitu sehingga 23 bulan atau varian 21.44 peratus.

Jawatankuasa Siasatan mendapati terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlaku kelewatan pelaksanaan projek. Ini memberi kesan terhadap pembinaan bagi setiap LCS. Bagi LCS 1, sepatutnya kapal telah diserahkan pada April 2019 seperti yang ditetapkan dalam kontrak, bagaimanapun telah ditangguhkan penyerahannya dijangka Februari 2022 namun, bergantung pada kelulusan Extension of Time (EOT) oleh Kerajaan.

Bagi LCS 6, tiada peratusan kemajuan dan perancangan pembinaan kerana penerimaan steel kits pertama hanya akan tiba pada September 2019.

Jawatankuasa Siasatan mendapati, kelewatan pembinaan LCS disebabkan kelewatan pelaksanaan fasa-fasa seperti berikut:

I. Concept design

Fasa ini adalah permulaan reka bentuk pembangunan dokumen dengan menggariskan konsep operasi kapal yang perlu dipatuhi iaitu ciri-ciri littoral, peperangan empat dimensi dan konsep halimunan. Fasa ini dilaksanakan dengan penglibatan BNS dan Naval Group (sebelum dikenali DCNS) dari Perancis.

Mengikut Laporan Kemajuan Projek LCS, Pasukan Projek LCS TLDM, fasa Concept Design bermula pada 4 Jun 2012 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 28 Januari 2013. Bagaimanapun, hanya dimuktamadkan pada 24 September 2013 (kelewatan 238 hari atau 8 bulan).

II. Fasa basic design yang berlarutan

Fasa Basic Design melibatkan penghasilan (output) daripada Concept Design yang kemudian diterjemahkan kepada reka bentuk sebenar kapal dan sistem-sistem berkaitannya bagi memenuhi keperluan Contract Building Spesification (CBS). Data yang terhasil daripada aktiviti ini akan disenaraikan dalam Contract Data Requirement List, kontrak utama. Fasa ini dilaksanakan dengan penglibatan TLDM, BNS, Naval Group dan OEM.

Fasa ini bermula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Januari 2015. Bagaimanapun, fasa Basic Design in hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 20 Julai 2016 (kelewatan 17 bulan 20 hari). Ini kerana data 3D bagi, sebahagian peralatan telah lewat diterima dari OEM berpunca daripada tindakan BNS yang lewat menandatangani kontrak dengan OEM yang terlibat.

III. Fasa detailed design lewat dimuktamadkan

Fasa Detailed Design melibatkan penghasilan (output) daripada Basic Design yang akan diterjemahkan ke dalam production drawings untuk aktiviti pembuatan/pembinaan peralatan kapal.

Fasa ini termasuk penghasilan lukisan kapal, sistem peralatan utama dan peralatan sokongan dalam bentuk 3D dengan menggunakan aplikasi AVEVA marine dan beberapa aplikasi lukisan lain. Fasa ini dilaksanakan secara langsung oleh Naval Group selaku designer authority, OEM dan BNS. Mengikut kontrak, fasa ini sepatutnya dilaksanakan pada 6 Ogos 2014 hingga 29 November 2016. Namun, fasa ini tertangguh sehingga kini.

Bagi penghasilan lukisan tersebut akan melibatkan perolehan peralatan dan data 3D daripada OEM berkenaan. Mengikut perancangan, perolehan ini perlu dimuktamadkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2016.

Bagaimanapun, didapati perolehan bagi 11 peralatan tersebut masih belum diselesaikan oleh BNS dengan OEM dan melangkaui tarikh yang ditetapkan (kelewatan 31 bulan sehingga 31 Mei 2019).

Ekoran kelewatan perolehan berkenaan, penghasilan data 3D untuk reka bentuk peralatan bagi penyediaan Detailed Design tidak dapat dilaksanakan termasuk proses Critical Design Review (CDR).

Bagi production drawings pula, prestasi pelaksanaan sebenar adalah sebanyak 85.42 peratus pada Mei 2019 berbanding tarikh sepatutnya disiapkan pada Disember 2016 (lewat 29 bulan). Kesan kelewatan tersebut menyebabkan kerja fabrikasi, produksi piping system dan aktiviti outfitting menjejaskan penyediaan Detailed Design. Status kemajuan Detailed Design yang dilaporkan ialah 90.14 peratus berbanding sepatutnya 100 peratus.

Laporan kemajuan kerja yang disediakan Pasukan Projek LCS melaporkan wujud kekurangan tenaga kerja di pihak BNS bagi menghasilkan production drawings manakala aktiviti reka bentuk dilaksanakan oleh jurutera-jurutera muda yang kurang pengalaman turut menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan detailed design. Ini kerana jurutera tersebut perlu sentiasa merujuk kepada Pengarah Program BNS bagi memuktamadkan sesuatu kerja.

Selain itu, berlaku masalah kerjasama di antara BNS dan designer authority Naval Group berhubung isu detail design. Ini dibuktikan dengan laporan yang dikemukakan oleh Pasukan Projek LCS dalam suratnya bertarikh 28 Disember 2018 dan semasa pembentangan Pasukan Projek LCS, TL DM kepada Jawatankuasa Siasatan pada 25 Februari 2019 dan seperti yang dimaklumkan juga oleh wakil Syarikat BNS pada 1 Ogos 2019.

Kemajuan kerja pembinaan LCS terjejas

Fasa pembinaan melibatkan aktiviti pre-fabrication, pre-assembly dan sub block dan block erection. Aktiviti ini melibatkan pihak Naval Group (Perancis) dan BNS secara langsung.

Susulan daripada Impak kelewatan perolehan peralatan, detailed design dan productions drawings serta punca lain telah dikenal pasti menyumbang kepada kelemahan kemajuan kerja pembinaan LCS adalah seperti berikut:

a) Bekalan steel kits lewat diterima daripada syarikat Belanda. Sepatutnya steel kits bagi keenam-enam LCS perlu dihantar mulai Disember 2015 hingga 21 Ogos 2017 secara berperingkat. Sehingga kini, 8 daripada 63 batch steel kits LCS 4 dalam proses penghantaran manakala 46 daripada 63 batch steels kits bagi LCS belum dilaksanakan penghantaran. Kelewatan penghantaran adalah dalam tempoh 20 bulan, disebabkan masalah kontrak di antara BNS dengan OEM yang merangkumi

pembayaran, pemotongan steel kits yang tidak mengikut spesifikasi dan kuantiti.

b) Non Conformance Report (NCR) dikeluarkan sama ada oleh Pasukan Projek LCS atau Bureau Veritas (Perancis) bagi sebarang ketidakaturan teknikal dan pematuhan spesifikasi kerja pembinaan mengikut obligasi Klausa 16.4, kontrak utama dan Contract Building Spesification (CBS). Pemeriksaan dan pengesahan in dilakukan oleh Pasukan Projek LCS, TLDM atau Bureau Veritas (BV) yang merupakan Independent Classification Society dilantik oleh BNS untuk menilal kepatuhan pembinaan terhadap standard BV Naval Rules. Pengeluaran NCR in memerlukan rework, tambahan masa dan kos untuk meneruskan pembinaan. Sebanyak 286 NCR masih belum dilaksanakan tindakan pembetulan.

c) Nots Modifikasi merupakan dokumen notis pemakluman yang dikeluarlan oleh Pasukan projek LCS terhadap kerja perubahan dan pengubahsualan yang perlu dilaksanakan ke atas struktur blok atau kapal yang telah disiapkan. Modifikasi berlaku disebabkan kerja reka bentuk dan production drawings yang belum dimuktamadkan atau construction error. Bilangan modifikasi yang banyak dilaksanakan ke atas struktur kapal akan meningkatkan tambahan kerja dan tempo pelaksanaan pembinaan.

Minit Mesyuarat Kemajuan Kerja BS ke 56/2019 bertarikh 13 Jun 2019, melaporkan sebanyak 230 Notis Modifikasi bagi LCS 1; 222 bagi LCS 2; 132 bagi LCS 3 serta 3 bagi LCS 4 masih belum diselesaikan.

d) BNS menghadapi isu komersial dan masalah aliran tunai, menyebabkan ketidakupayaan BNS untuk menyelesaikan tunggakan pemiutang (creditors) yang menjangkau berjumlah RM733,546,128.18 setakat 31 Mei 2019. Selain itu, mengikut Laporan lsu Kelewatan Physical Handover LCS bertarikh 27 Mel 2019 pula yang disediakan oleh Pasukan Projek LCS, ekoran masalah komersial di mana terdapat tujuh OEM memutuskan untuk stop work iaitu terdiri daripada berikut:

I.Thales Underwater System Towed Array Sonar

II. Rode Schwarz- Communication System

III Rheinmetal - Fire Control System

IV.Axima Concept SA - Accommodation, Piping, Heating Ventilation and Air Conditioning

V.Palfinger Ned Deck - Boat Davit

VI.Esterline Belgium BVBA - Integrated Flat Display System

VII.Polyamp AB - Degaussing System

e) Kekurangan tenaga kerja pengimpal (welder) dan Quality Control yang berkemahiran untuk melaksanakan kerja pembinaan. Ini disebabkan faktor gaji dan kelewatan pembayaran kepada sub kontraktor menyebabkan sub kontraktor luar dari limbungan Lumut enggan mengambil risiko untuk menghantar welder mereka.

Laporan JSTUPKK berhubung LCS yang dinyahklasifikasi dan diterbitkan dalam portal PAC pada Rabu.

Kemajuan kerja pembinaan tidak mengikut Payment Plan Data Dictionary dalam kontrak

BNS gagal menyiapkan kerja mengikut Payment Plan Data Dictionary (Annex to Schedule 5B kepada kontrak utama). Mengikut Payment Plan Data Dlctionary, sebanyak RM683 juta nilai kerja-kerja sepatutnya boleh dikemukakan kepada pihak Kerajaan, memandangkan kerja-kerja tersebut tidak disiapkan sepenuhnya, maka tuntutan tidak boleh dilakukan.

Kerja-kerja tersebut melibatkan pembinaan struktur blok kapal bagi LCS 2 dan LCS 3 yang sepatutnya disiapkan pada tahun 2016, 2017 dan awal 2018 tetapi sehingga Mei 2019 masih dalam pembinaan. Selagi blok ini mash belum disiapkan sepenuhnya, kerja pembinaan dan pemasangan peralatan seterusnya tidak dapat dilaksanakan.

Jawatankuasa Siasatan mendapati wudud kelemahan ketara dalam perancangan dan pelaksanaan projek LCS khususnya BNS dalam menyelesaikan isu-isu seperti perolehan peralatan; detailed design dan production drawings; kemajuan pembinaan yang tidak memuaskan dan cekap serta masalah kewangan yang dihadapi BNS.

Susulan kelewatan dalam perlaksanaan projek LCS, pada 20 Disember 2018, BNS telah memajukan permohonan perubahan (VP) Implementation Schedule untuk melanjutkan tempoh penyerahan LCS 1, LCS 2 dan LCS 3.

Mindef telah mengangkat permohonan Arahan Perubahan Kerja (VO) tersebut kepada MOF pada 14 Februari 2019. Permohonan ini tidak dipertimbangkan oleh MOF kerana maklumat dan ulasan yang dikemukakan oleh Mindef tidak lengkap.

BNS telah kemukakan VP 2 kepada Mindef pada 17 Mei 2019. BNS perlu kemukakan VO mengikut komponen-komponen projek dalam kontrak. In kerana terdapat perbezaan sebab-sebab kelewatan mengikut komponen. BNS tidak boleh meletakkan semua komponen menyebabkan punca kelewatan. Sedangkan sesetengah komponen yang lewat adalah disebabkan BNS sepenuhnya.

Prestasi Pembayaran Projek

Berdasarkan Unit Pembangunan dan Kewangan, Mindef, sehingga 31 Mei 2019, Mindef telah membayar sejumlah RM5.936 bilion atau 65.03 peratus daripada kos projek berjumlah RM9.128 bilion. Bayaran ini termasuk bayaran pendahuluan sejumlah RM1.365 bilion untuk design right, hardware dan software, bayaran kemajuan projek serta Factory Acceptance Test (FAT).

Peningkatan Keseluruhan Kos Kontrak Perolehan LCS

Berdasarkan kelulusan awal UPE, had bumbung yang diluluskan bagi projek ini adalah sebanyak RM9 bilion. Pada 11 Disember 2014, MOF telah meluluskan permohonan Mindef untuk kos faedah pinjaman sebanyak RM128.6 juta yang akan dibiayai secara bersama oleh BNS dan Kerajaan pada kadar 50:50. Ini bermakna kos keseluruhan perolehan LCS telah meningkat kepada RM9.128 billon.

MOF telah meluluskan secara rundingan terus perolehan peralatan Integrated Logistic Support (ILS) berjumlah RM600 juta kepada BNS. ILS merupakan peralatan wajib dibekalkan dan perolehannya tentu akan meningkatkan kos kontrak perolehan LCS kepada RM9.7286 bilion. (RM9.1286 billon RM600 juta).

Jawatankuasa Siasatan menjangkakan kos pembinaan enam buah LCS akan terus meningkat susulan pertukaran peralatan utama yang turut juga melibatkan implikasi masa tambahan penyerahan kapal.

Berdasarkan surat syarikat BNS bertarikh 16 Julai 2019, bagi menyiapkan pembinaan keenam-enam LCS memerlukan anggaran tambahan kos sebanyak RM1,416.44 juta yang terdiri daripada kos langsung berjumlah RM58.41 juta dan juga kos tidak langsung berjumlah RM1,358.03 juta ekoran pertukaran peralatan dan Implementation Schedule.

Kos tidak langsung melibatkan pelanjutan tempo Basic Design, Design Authority, Jadual penghantaran peralatan, waranti, insurans dan kos kewangan serta sumber lain. Ini menjadikan anggaran keseluruhan kos projek berjumlah RM11.145 bilion (sehingga laporan ini dikemukakan kepada Menteri Pertahanan).

Pertukaran SSM daripada MBDA Exocet kepada NSM, Kongsberg, Norway

Pada asalnya iaitu 30 Mei 2011, TLDM memilih model Surface to Surface Missile (SSM) daripada jenama Naval Strike Missile (NSM) Kongsberg Defense & Aerospace (KDA) tetapi tidak dipersetujui oleh Mindef yang memilih jenama MBDA Exocet (DCNS).

Surat Setuju Terima (LOA) telah dikeluarkan kepada DCNS pada 17 Disember 2012 dan fasa Basic Design bermula pada 3 Oktober 2013.

Namun, TLDM telah membuat rayuan untuk memilih NSM berdasarkan teknologi terkini (aerodinamik, stealth, jarak misil memenuhi spesifikasi Contract Building Specification (CBS), kos perolehan dan penyelenggaraan lebih murah, tidak terlalu bergantung pada MBDA.

Mindef telah kemukakan permohonan pertukaran SSM kepada MOF pada 8 Oktober 2014 dan seterusnya diluluskan pertukaran oleh MOF pada 23 Januari 2015. Penukaran skop SSM ini dimaklumkan kepada BNS pada 13 Februari 2015. Siasatan mendapati perkara berikut:

a)Notis pertukaran dikemukakan pada 13 Februari 2015 kepada BNS setelah kelulusan MOF diperoleh pada 23 Januari 2015. Tindakan ini bertentangan dengan Klausa 20.4.1 yang mana perlu maklum BNS terdahulu untuk lakukan kajian reka bentuk dan impak pertukaran.

b) BNS memajukan Variation Proposal (VP) Pertama pada 28 Ogos 2015, kelewatan selama 166 hari berbanding sepatutnya 30 hari dari tarikh nolis pertukaran pada 13 Februari 2015 sebagaimana kehendak Klausa 20.4.2. Mengikut BNS, kelewatan ini disebabkan proses rundingan harga dan skop teknikal dengan Naval Group dan hasilnya mendapatkan pengurangan harga sebanyak 30 peratus.

b)Jawatankuasa Siasatan mendapati BNS telah mengeluarkan SST kepada DCNS dan melakukan kerja basic design peralatan SSM MBDA Exocert seawal pada tahun 2012 dan 2013, sungguhpun kontrak dengan Kerajaan masih belum ditandatangani. Risiko yang ditanggung BNS amat besar berkontrak dengan pihak OEM sebelum Kerajaan menandatangani kontrak perolehan LCS dengan BNS pada 17 Julai 2014.

c) Jawatankuasa Siasatan mendapati BNS telah memajukan tuntutan kepada Kerajaan bagi kos Pertukaran Jenama Model Surface to Surface Missile (SSM) sebanyak RM38 juta. Namun begitu, Jawatankuasa Siasatan berpendapat BNS tidak wajar mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan dan

Kerajaan tidak wajar mempertimbangkan permohonan berkenaan kerana pertukaran tersebut telah dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua pihak melalui kontrak tambahan bertarikh 24 November 2017.

Pertukaran DLS jenama Super Barricade, WDSL kepada Sylena Mk2, Lacroix Defence

Pada asalnya sistem pelancar atau Decoy Launching System (DLS) yang diperolehi untuk dipasang kepada LCS adalah berjenama Super Barricade dari syarikat pengeluarnya Wallop Defence System Ltd. (WDSL), United Kingdom. Pada 8 Januari 2016, TLDM telah mengarahkan BNS untuk menjalankan kajian terhadap opsyen dan impak pertukaran DLS bagi menentukan elemen supportability and maintainability.

Hasil kajian yang dikemukakan oleh BNS kepada TLDM pada 1 Februari 2016 telah menyatakan perkembangan tahap kemajuan kerja WDSL, impak pertukaran DLS ke atas integrasi kepada sistem lain, pembatalan kontrak yang meterai dan tambahan kos berjumlah RM79.2 juta serta masa tambahan 12 hingga 14 bulan bagi penyerahan LCS 1.

Semakan terhadap latar belakang kestabilan WDSL turut dilakukan oleh BNS dan berpuas hati dengan komitmen kesinambungan perniagaan WDSL. Seterusnya, BNS mencadangkan Mindef untuk mengekalkan Super Barricade bagi mematuhi jadual penyerahan kapal dan kos projek. Siasatan selanjutnya mendapati perkara berikut:

a)Pada 29 Ogos 2016, TLDM menerima surat Wallop Defence System Ltd (WDSL) yang telah diambil alih oleh Lacroix Defence, Perancis. Ini bermakna kemungkinan WDSL tidak dapat membekalkan ammunition bagi Super Barricade Advanced Decoy Launcher System dan isu supportablity ini dijangka hanya bertahan 15 tahun. Lacroix Defence mencadangkan Sylena Mk2 bagi menggantikan Super Barricade.

b) TLDM mengemukakan notis pertukaran kepada BNS pada 9 Januari 2017 dengan syarat tiada impak kos tambahan. BNS pada 25 April 2017 telah memajukan status kajian penilaian penukaran Decoy Launching System (DLS) jenama Super Barricade, WDLS kepada Sylena Mk2 dengan komitmen impak masa kepada Kerajaan. Namun kosnya akan diserapkan oleh BNS tertakluk kelulusan pertukaran dimuktamadkan dengan segera oleh Kerajaan. Jawatankuasa Siasatan mendapati maklum balas kajian penilaian yang dikemukakan oleh BNS kepada Mindef pada 25 April 2017 telah terlewat 76 hari yang sepatutnya dalam tempoh 30 hari seperti mana diperuntukkan dalam Klausa 20.4.1.

Penukaran jenama model IPMS Dari MTU Callosum Kepada L3 MAPPS

BNS telah memulai proses reka bentuk Integrated Platform Management System (IPMS), MTU Callosum pada April 2013 yang mana kerja Preliminary Design Review (PDR) sepatutnya disiapkan pada Disember 2014.

Bagaimanapun, pembangunan IPMS yang perlahan menyebabkan ia gagal diselesaikan pada November 2016 seperti mana tarikh yang ditetapkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengurusan Keupayaan TLDM pada 16 Mei 2016. Jawatankuasa Siasatan selanjutnya mendapati perkara berikut:

a) Berdasarkan kelewatan BNS memuktamadkan reka bentuk IPMS, maka pada 22 November 2016, TLDM mencadangkan BNS menjalankan satu feasibility study menggunakan hybrid bagi MTU Callosum di mana sebahagian modul menggunakan sistem lain dengan syarat tidak melibatkan kos. Mengikut TLDM, pendekatan ini dapat mempercepatkan pembangunan reka bentuk IPMS menggunakan modul commonality dengan armada TLDM dan proven system. Maklum balas

kajian tersebut perlu dikemukakan oleh BNS sebelum 20 Januari 2017.

b) Pada 10 April 2017, BNS memaklumkan kajian pembangunan PMS hybrid MTU Callosum boleh

dilaksanakan dengan L3 MAPPS tanpa impak kos tetapi tambahan masa bagi serahan LCS 1 selama 12

bulan dan LCS 2 selama 6 bulan. Pembangunan hybrid IPMS ini melibatkan penentuan ciri-ciri commonality spesifikasi Contractual Building Specification (CBS) bagi MTU Callosum dan L3 MAPPS. Pada 10 Julai 2017, TLDM bersetuju dengan penggunaan hybrid IPMS.

c) Selanjutnya, beberapa sesi mesyuarat diadakan antara Pasukan Projek LCS dan BNS dengan membentangkan status dan menyatakan impak masa. Seterusnya VP dimajukan oleh BNS tetapi sehingga kini mash belum mendapat kelulusan Mindef dan MOF.

Implementation Schedule meliputi Schedule 5B - Progress Payment Plan dan Annex A to Schedule 5B - Payment Data Plan Dictionary

Pada 20 Disember 2018, BNS mengemukakan permohonan VP bagi Implementation Schedule untuk perlanjutan tempoh penyerahan LCS 1, LCS 2 dan LCS 3. Seterusnya, Mindef mengangkat permohonan VP tersebut kepada MOF pada 14 Februari 2019. Namun, pada 20 Mac 2019, MOF memaklumkan permohonan ini tidak dipertimbangkan kerana:

a)Anggap perolehan ini sebagai kontrak bekalan;

b)Mindef tidak memberikan sebarang ulasan ke atas perubahan yang dicadangkan oleh BNS;

c)Mindef perlu pertimbangkan implikasi tambahan kos sebelum mengangkat kepada MOF;

d)Mindef hendaklah membentangkan cadangan perubahan dalam Lembaga Perolehan Mindef sebelum diangkatkan untuk pertimbangan MOF;

e)Mindef perlu mendapat pandangan dan ulasan Bahagian Undang-undang.

Susulan Itu, pada 17 Mei 2019, BNS sekali lagi mengemukakan VP Implementation Schedule dengan

impak kos berjumlah RM1.375 bilion (worst case scenario) dan RM693.57 juta (optimistic case scenario) dengan syarat diluluskan pada Jun 2019.

Penetapan kos ini mengambil kira masa bagi melaksanakan Basic Design, lanjutan tempoh warranty, kos, kewangan dan insurans. VP ini turut memberi impak perlanjutan tempoh penyerahan kapal LCS selama antara 32 hingga 72 bulan berkuat kuasa tarikh kelulusan arahan perubahan (VO) oleh MOF.

Jawatankuasa Siasatan mendapati kelemahan Mindef dan BNS menangani pertukaran DLS dan IPMS menyebabkan ia berlarutan. Sungguhpun, di peringkat awal perbincangan, BNS bersetuju untuk menyerapkan kos pertukaran bagi DLS dan IPMS tetapi TLDM tidak menyelesalkan isu pertukaran kedua-dua peralatan tersebut dengan segera.

Akibatnya impak kos dan tambahan masa tidak dapat dielakkan kerana pertukaran peralatan melibatkan perubahan OEM sebelum dan selepas serta sumber lain yang perlu diambil kira bagi merealisasikan pertukaran tersebut.

Bagaimanapun, pengiraan impak kos oleh BNS tidak munasabah dan realistik, malahan tidak ada formula pengiraan berkenaan di dalam mana-mana klausa kontrak. Didapati pada VP bertarikh 17 Ogos 2018, impak kos bag IPMS dan DLS adalah tinggi diturunkan dengan drastik pada VP bertarikh 17 Mei 2019 jaitu 90.25 peratus bagi IPMS dan 95.93 peratus bagi DLS.

Seterusnya, permohonan perlanjutan masa pula bukan hanya disumbangkan oleh lewatnya proses pertukaran PMS dan DLS tetapi aspek Detall Design, Productlon Drawings, perbekalan steel kits dan aktiviti pembinaan serta isu stop work OEM ekoran aliran tunai yang dihadapi BS.

Jawatankuasa Siasatan berpandangan, impak kos dan tambahan masa perlu diperincikan mengikut elemen dan skop kontrak dan pihak-pihak yang perl dipertanggungjawabkan.

Klik di sini untuk terus membaca