RENCANA ini ialah sedutan ucapan saya meluncur buku terbaharu Raja Ahmad Aminullah, Genta Telah Berbunyi: Masa untuk Generasi Baru pada 6 Ogos lalu. Raja Ahmad, pelajar undang-undang yang lebih selesa menjadi penyair, penulis dan budayawan.... Klik di sini untuk terus membaca

RENCANA ini ialah sedutan ucapan saya meluncur buku terbaharu Raja Ahmad Aminullah, Genta Telah Berbunyi: Masa untuk Generasi Baru pada 6 Ogos lalu.

Raja Ahmad, pelajar undang-undang yang lebih selesa menjadi penyair, penulis dan budayawan. Tetapi beliau bukan sekadar berkarya. Beliau aktivis.

‘Genta’ bermakna loceng. Yang dimaksudkan di sini ialah loceng amaran. Tentang nasib negara.

Raja Ahmad memula dan mengakhiri buku ini dengan sembilan patah kata: muak, mual, jemu, bosan, fed-up, menjengkelkan, pecah amanah, penyelewengan dan pengkhianatan.

Ia disifatkan Profesor Emeritus Abdul Halim Ali yang menulis Kata Pengantarnya, sebagai ‘Daftar jeritan rakyat’.

Buku ini menghimpunkan sejumlah masalah yang menggusarkan rakyat: korupsi yang berleluasa, elit yang compromised dan projek gajah putih.

Bahawa ruang politik bukanlah untuk membina kekayaan dan kemewahan peribadi, tetapi adalah sebenarnya untuk menegakkan perjuangan murni.

Penulis mencadangkan beberapa perkara pokok yang perlu diambil: dua prinsip Islam bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat kita iaitu lita’arafu dan rahmatan lil alamin.

Juga soal intelektual dan pendidikan. Yang diimpikan penulis ialah public intellectuals serta gelanggang kebebasan untuk bersuara dan berkarya. Supaya rakyat menjadi pandai.

Sebagai panduan buat semua, penulis mengutip pesanan tokoh-tokoh besar seperti empat khalifah Islam terawal, Rendra dan Edward Said.

Perkara terpenting dalam buku ini ialah haluan masa depan negara. Pada Raja Ahmad, ia berada pada generasi baharu. Dan beliau yakin dengan generasi baharu.

Namun, beliau gusar tentang pandangan generasi lama: "...percakapan mengenai permasalahan masyarakat ini sering didominasi oleh generasi yang berada dalam lingkungan 60-an, 70-an, 80-an, malah 90-an.

Suara-suara daripada generasi baharu sering kali tenggelam dalam perbicaraan-perbicaraan ini.

Namun, ia seolah-olah bagi golongan lama, generasi baharu ini tidak wujud sama sekali. Kelihatan bahawa kedua-dua segmen ini hadir dalam parallel universe.” Saya setuju 1,000 peratus!

Nasib kita bergantung pada generasi baharu. Satu daripada tiga cabaran besar yang sedang dihadapi dunia ialah kemajuan teknologi yang membawa bersamanya banyak kebaikan, walaupun ada juga isu-isu manusiawinya.

Hari ini kita hidup dalam dua dunia iaitu kehidupan fizikal dan kehidupan digital.

Ramai dalam kalangan generasi saya tidak selesa berada dalam kehidupan digital.

Tetapi generasi anak saya bukan sahaja selesa, malah merekalah yang menggerakkan kehidupan digital.

Pada masa akan datang, generasi saya akan jadi lebih kurang selesa.

Kita boleh berhujah tentang hal ini dengan lama. Tetapi, pokok pangkalnya pada PRU15, ramai mengimpikan Perdana Menteri yang senadi dan senada dengan generasi baharu.

* Datuk Seri Saifuddin Abdullah ialah Menteri Luar Negeri dan Ahli Parlimen Indera Mahkota. Beliau aktif di Twitter: @saifuddinabd

Klik di sini untuk terus membaca