AWANG bukan tak hormati Bossku. Banyak orang puji dia bila dia mula jadi PM. Bossku memang dilahirkan untuk jadi PM agaknya. Tapi kita semua tahu musibah 1MDB.
1MDB skandal kewangan terbesar di dunia. Di Amerika Syarikat (AS), di beberapa buah negara di Eropah dan Singapura, mereka yang terkait sudah didapati bersalah dan dihukum.
Yang peliknya banyak penerima ‘habuan’ 1MDB hanya kita ketahui dari perbicaraan di AS atau di tempat-tempat lain. Tapi di Malaysia tidak ada siasatan rapi ke atas dalang 1MDB melainkan kes yang babitkan Bossku.
Belum ada seorang pun mereka yang terlibat dengan 1MDB yang dibawa ke muka pengadilan di negara ini atau dihukum. Kita semua tahu banyak yang terbabit jadi saksi pendakwa, mungkin mereka tidak akan didakwa.
Oleh sebab itu kes SRC International, anak syarikat 1MDB ini penting.
Awang mahu keadilan untuk Bossku. Dia sudah lalui proses pendakwaan dan bela diri pada peringkat Mahkamah Tinggi. Peguam yang bela dia bukan sebarangan orang. Pihak peguam bela pun bukan main yakin mereka boleh menang.
Awang nak ingatkan jangan sampai sistem kehakiman kita diperkotak-katikkan demi nak bela sesiapa. Kalau sistem kehakiman kita rosak, parahlah negara kita.
Oleh sebab itu rakyat Malaysia harus pertahankan sistem kehakiman kita dengan apa cara sekalipun.
Klik di sini untuk terus membaca