TIBA-tiba mahkamah tak betul. Mahkamah berat sebelah. Serangan ke atas semua yang terbabit dengan penghakiman mula diserang. Tak cukup hakim, suami hakim pun jadi bahan serangan.
Apa yang dah berlaku pada negara kita? Kenapa tiba-tiba mahkamah jadi bahan kecaman? Bukankah selama ini orang yang sama kata, hormatilah mahkamah. Akur keputusan mahkamah. Mahkamah bebas dan adil.
Apabila Tuk Seri Anwar lalui proses penghakiman, mereka bukan main lantang kata hormati proses keadilan. Tuk Seri Anwar meringkuk di penjara selama lapan tahun atas nama kebebasan dan keadilan mahkamah. Dia reda. Dia terima hukuman.
Dalam kes Tuk Seri Bossku Najib pada awalnya semua kata, ‘kita serah pada mahkamah’. Biarlah beliau diadili di mahkamah. Tapi apabila Bossku di ambang keputusan untuk tentukan sama ada beliau masuk penjara atau tidak, nadanya bertukar pula!
Rakyat mahukan keadilan. Kes Bossku dah berjalan banyak tahun. Dah banyak kali penangguhan. Soal teknikal lain, yang kena jangkitan Covid-19 lain, macam-macam cara nak lengahkan proses. Lepas itu ganti peguam bela. Tiba-tiba peguam bela kata tak ada masa untuk buat persiapan.
Awang jahil hal undang-undang. Tapi setahu Awang, peguam bela tahu alasan untuk kata tak bersedia tidak boleh digunapakai. Kalau tak bersedia kenapa terima tawaran? Lepas itu peguam bela tak mahu membela Bossku. Apa sudah jadi?
Klik di sini untuk terus membaca