SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), berpendirian kerjasama parti itu dengan Pas tidak boleh dibuat kerana prinsip dan idea yang tidak selari.
Ketua Penerangannya Luqman Long berkata, setakat ini Muda komited bekerja bersama blok pembangkang untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan percaya ia mampu memberi tawaran yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
"Waktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kerjasama Muda dan PH sudah bermula baik. Untuk Muda, kita mahu bekerja bersama mereka yang berkongsi idea dan prinsip yang sama untuk Malaysia.
"Kita perlu raikan parti berbilang kaum, memperjuangkan rakyat tanpa mengira agama dan warna kulit, bawa politik dasar dan politik khidmat. Sebab itu kita selesa bekerja bersama Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, pertimbangan ini turut diletakkan kepada parti lain dan atas sebab inilah kerjasama Muda dan Pas tidak boleh dibuat kerana prinsip dan idea Muda tidak sama dengan Pas.
"Pas harus ada prinsip dan kekal dengan pendirian PN. Tapi pada masa sama, Pas kononnya bekerja dengan UMNO juga dalam Muafakat Nasional (MN),” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca