SHAH ALAM – Biarpun baru setahun memimpin kerajaan campuran di Putrajaya, namun rekod pencapaian dan kejayaan perkhidmatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan lebih baik berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya. Pengerusi Badan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – Biarpun baru setahun memimpin kerajaan campuran di Putrajaya, namun rekod pencapaian dan kejayaan perkhidmatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan lebih baik berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, beliau memuji keupayaan dan kejayaan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang berjaya membawa Malaysia keluar daripada krisis politik dan ekonomi biarpun beliau dilantik menjadi Perdana Menteri secara 'ad hoc'.

Ahmad Jazlan berkata, Ismail Sabri juga mempunyai kebijaksanaan dan strategi tersendiri bagi memastikan keadaan politik negara menjadi tenang dan stabil dengan pelbagai kaedah dan cara tersendiri.

"Bukan mudah untuk Perdana Menteri menguruskan urus tadbir negara dengan baik apabila keadaan politik Malaysia sentiasa bergolak dan tidak stabil sekali gus menyebabkan timbul pelbagai masalah berantai seperti mata wang dan ekonomi tidak stabil.

"Bagaimanapun, Ismail Sabri dapat menguruskan krisis dan masalah timbul sebelum ini dengan penuh bijaksana.

"Justeru, saya peribadi saya berpandangan bahawa Ismail Sabri adalah jauh lebih baik daripada Perdana Menteri ke-7 dan ke-8, sebelum ini.

"Pandemik Covid-19 juga membawa cabaran dan masalah besar kepada negara tetapi ternyata Perdana Menteri berjaya keluar daripada zon bahaya dan meletakkan negara di landasan pemulihan ekonomi," katanya kepada wartawan Sinar Premium.

Klik di sini untuk terus membaca