TENTU ramai yang tertanya-tanya, apakah nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya beliau gagal dalam rayuan akhirnya bagi mengetepikan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang disabitkan ke atas dirinya?... Klik di sini untuk terus membaca

TENTU ramai yang tertanya-tanya, apakah nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya beliau gagal dalam rayuan akhirnya bagi mengetepikan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang disabitkan ke atas dirinya?

Bagaimana pula dengan nasib Ahli Parlimen Pekan itu sekiranya beliau berjaya mengetepikan sabitan kes berkenaan?

Berikut adalah kebarangkalian yang akan diterima Najib berdasarkan pandangan Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan kelak.

JIKA DIDAPATI BERSALAH:

1. Jika mahkamah menolak rayuan, maka sabitan dikekalkan walaupun peguam Najib enggan berhujah.

2. Jika ada hujah, selepas mendengar rayuan, mahkamah boleh membuat keputusan rayuan ditolak tetapi tidak boleh menghantar terus ke penjara kerana ada bahagian rayuan Najib terhadap hukuman yang dijatuhkan.

3. Mahkamah Persekutuan akan putuskan hukuman tersebut dikekalkan, dikurangkan atau hendak ditambah.

4. Selepas mahkamah memberi perintah hukuman dikekalkan atau dikurangkan, Najib akan terus dibawa ke penjara.

5. Najib boleh memfailkan satu permohonan yang dipanggil semakan dan permohonan untuk pengampunan diraja tetapi itu tidak bermaksud beliau akan diberi jaminan dan masih perlu masuk ke dalam penjara.

6. Jika bersalah, Najib akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama ke penjara.

JIKA DIDAPATI TIDAK BERSALAH:

1. Najib serta-merta menjadi individu yang bebas jika mahkamah membenarkan rayuan Najib dan beri pembebasan.

2. Duit jaminan mahkamah dipulangkan semula.

3. Semua kes SRC akan ditutup dan muktamad. Tiada rayuan selepas Mahkamah Persekutuan.

4. Pihak pendakwa raya tidak boleh merayu kerana ia merupakan rayuan terakhir dan kes-kes SRC tidak boleh dibicarakan semula.

Klik di sini untuk terus membaca