AWANG memang sentiasa menganggap Tuk Seri Bossku Najib selayaknya jadi Perdana Menteri (PM). Bukan kerana dia anak PM kedua, tapi beliau memang ada kualiti untuk jadi PM. Bukan sebarang PM tapi PM yang baik. Mungkin juga boleh jadi PM... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG memang sentiasa menganggap Tuk Seri Bossku Najib selayaknya jadi Perdana Menteri (PM). Bukan kerana dia anak PM kedua, tapi beliau memang ada kualiti untuk jadi PM. Bukan sebarang PM tapi PM yang baik. Mungkin juga boleh jadi PM terbaik pernah kita ada.

Apabila beliau jadi PM pada tahun 2009, rakyat letak harapan tinggi. Beliau faham hati rakyat. Macam ayahnya, beliau dekati rakyat. Rakyat suka pada beliau.

Banyak perkara baik yang beliau buat masa jadi PM. Beliau bawa Gagasan 1Malaysia. Beliau juga hapuskan ISA. Kerajaan beliau begitu pro-perniagaan. Kita semua jangan lupa jasa-jasa beliau sebagai PM. Banyak yang beliau capai dalam masa sembilan tahun sebagai PM.

Tapi Bossku dicacatkan oleh skandal 1MDB. Itulah yang merosakkan nama baik pentadbirannya. Mungkin jikalau 1MDB tidak berlaku, beliau masih PM kita hari ini. Nama Malaysia sekali terpalit dengan skandal 1MDB.

1MDB dianggap skandal kewangan terbesar di dunia. Dari Singapura ke Eropah ke Amerika Syarikat, mereka yang terbabit telah didakwa dan dihukum.

Tarikh 23 Ogos akan dicatat dalam sejarah apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan ke atas Bossku.

Tarikh ini akan diingat oleh sebab seorang mantan PM dipenjara dan didenda. Awang turut rasa dukacita apa yang berlaku. Itulah kisah seorang mantan PM. Tapi kita kenalah terima keputusan mahkamah.

Klik di sini untuk terus membaca