AWANG yang bukan peguam ni pun naik pelik dengan strategi pembelaan Bossku. Mengapa jadi begitu kelam kabut pada saat-saat terakhir?
Tan Sri Shafee Abdullah dikatakan dibuang, digantikan dengan kumpulan peguam bela Hisyam Teh Poh Teik dan Zaid Ibrahim.
Lepas itu Zaid pula diketepikan. Hisyam pula kata tak mahu buat hujahan. Sedangkan hujahan terakhir itu penting sangat. Pada hari terakhir muncul pula Shafee.
Pelik juga bagaimana hal itu boleh berlaku. Kata orang tukar-tukar peguam bela itu taktik nak lengah-lengahkan perbicaraan. Macam-macam kaedah digunakan sebelum ini.
Tapi Ketua Hakim Negara, Tun Maimun begitu tegas. Tak mahu habiskan waktu mahkamah. Kes ini dah lama. Bossku dan peguamnya dah diberikan peluang untuk buat pembelaan.
Awang pun nak puji beberapa orang ketua bahagian UMNO yang suarakan pandangan yang rasional sewaktu pertemuan di Kuala Lumpur, Isnin lalu.
Ada yang kata UMNO kena hormati mahkamah. Tak boleh desak sesiapa campur tangan urusan mahkamah.
Awang nak puji Tuk Seri Perdana Menteri yang tegas dengan pendirian tidak akan campur tangan urusan mahkamah. Pendirian itu tidak berganjak sejak dia jadi PM.
Ini bukan kali pertama saksikan orang ternama dipenjara. Datuk Harun Idris dulu hero Melayu, tapi tumbang pada zaman Tun Hussein Onn. Datuk Seri Anwar juga pernah meringkuk di penjara.
Klik di sini untuk terus membaca