SHAH ALAM - Nama Datuk Nizar Najib kini hampir pasti menjadi calon terbaik BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Mohd Nizar, 44, kini dianggap paling sesuai menggantikan ayahnya sekali gus... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Nama Datuk Nizar Najib kini hampir pasti menjadi calon terbaik BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohd Nizar, 44, kini dianggap paling sesuai menggantikan ayahnya sekali gus meneruskan legasi ditinggalkan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam kes syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pemilihan Mohd Nizar adalah tepat kerana beliau adalah Ketua Pemuda UMNO bahagian dan sering turun padang dan menghulurkan bantuan kepada penduduk Parlimen berkenaan yang memerlukan bantuan.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menyebabkan kedudukan Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan 'gugur' secara automatik, sekali gus menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding pada PRU15 nanti.

Mazlan berkata, beliau melihat nama Mohd Nizar adalah pilihan terbaik bagi BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan dalam PRU15 nanti kerana Najib berasal daripada keluarga bangsawan yang perlu diteruskan legasinya.

"Oleh itu pemilihan anak Najib adalah tepat untuk menyambung legasi Tun Abdul Razak dan UMNO.

"Keputusan berkenaan juga tidak memberikan kesan negatif kepada UMNO kerana politik legasi ini adalah tradisi dan budaya orang Melayu,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca