KES perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan tidak hanya dilaporkan media tempatan tetapi turut mendapat liputan meluas media antarabangsa. Antara media antarabangsa yang melaporkan kes... Klik di sini untuk terus membaca

KES perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan tidak hanya dilaporkan media tempatan tetapi turut mendapat liputan meluas media antarabangsa.

Antara media antarabangsa yang melaporkan kes perbicaraan rayuan akhir Najib adalah The Washington Post, The Sydney Morning Herald, The Straits Times dan The Guardian.

The Washington Post yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat (AS) memaparkan tajuk ‘Mahkamah tertinggi Malaysia mengekalkan sabitan rasuah bekas PM Najib’.

Lapor akhbar berkenaan, mahkamah tertinggi di Malaysia mengekalkan sabitan rasuah dan hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut akhbar berkenaan, kekalahan Najib dalam rayuan terakhirnya bermakna beliau perlu mula menjalani hukuman dengan segera dan menjadikannya bekas Perdana Menteri pertama dipenjarakan.Akhbar yang berpangkalan di Sydney, Australia iaitu The Sydney Morning Herald pula meletakkan tajuk ‘Mahkamah tertinggi mengekalkan sabitan Najib Razak, hukuman penjara 12 tahun’.

Akhbar harian itu melaporkan Najib dipenjara selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk membatalkan sabitan rasuah membabitkan skandal berbilion dolar 1MDB.

Manakala akhbar harian yang diterbitkan di Singapura, The Straits Times pula memaparkan tajuk ‘Bekas PM Malaysia Najib akan menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas gagal membatalkan sabitan 1MDB’.Akhbar harian terkemuka United Kingdom (UK), The Guardian turut melaporkan kes bekas Presiden UMNO itu dengan tajuk ‘Bekas PM Malaysia, Najib Razak kalah rayuan terakhir dalam kes 1MDB’.

Lapor akhbar berkenaan, Najib kalah dalam rayuan terakhir untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, salah satu penipuan kewangan terbesar di dunia.Selain itu, turut melaporkan kes perbicaraan Najib adalah akhbar perniagaan AS, The Wall Street Journal.

Akhbar harian yang berpangkalan di New York itu memaparkan tajuk ‘Najib Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia akan dipenjara selepas kalah rayuan terakhir 1MDB’.

Lapor akhbar itu, Najib berdepan penjara selepas mahkamah tertinggi Malaysia menolak rayuan terakhirnya berhubung sabitan rasuah berkaitan peranannya dalam salah satu skandal kewangan terbesar dunia.

Klik di sini untuk terus membaca