SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tidak perlu tunduk kepada sebarang tekanan dan desakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 secepat mungkin. Ini kerana menurut ahli sains politik, Profesor Dr Wong Chin Huat, Ismail... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tidak perlu tunduk kepada sebarang tekanan dan desakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 secepat mungkin.

Ini kerana menurut ahli sains politik, Profesor Dr Wong Chin Huat, Ismail Sabri kini sedang menikmati sokongan majoriti bersyarat setinggi 94 peratus daripada ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Kiraan Chin Huat itu berdasarkan 53 peratus sokongan daripada kerajaan campuran Keluarga Malaysia dan 41 peratus daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) selepas mereka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik (CSA) pada tahun lalu.

Justeru itu Chin Huat menegaskan, sekiranya kira-kira 20 Ahli Parlimen UMNO mengugut untuk menarik sokongan, Ismail Sabri tetap akan kekal sebagai Perdana Menteri dengan sokongan daripada pembangkang dan ahli Parlimen menyokong kerajaan sedia ada.

"Sama ada Parlimen terbubar atau tidak terpulang kepada dua orang saja iaitu Perdana Menteri yang berhak memohon dan Yang di-Pertuan Agong yang berhak memperkenankan pembubaran Dewan Rakyat," katanya kepada Sinar Premium.

CHIN HUAT

Chin Huat berkata demikian ketika ditanya sama ada kedudukan kerajaan dan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri akan tergugat sekiranya ada ahli Parlimen UMNO meningkatkan tekanan supaya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Chin Huat menjelaskan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memanggil semua ketua bahagiannya dan mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin menimbulkan tanda tanya.

Dalam pada itu, 24 jam selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zakarshi, secara menyindir mendakwa parti itu tidak lagi memerlukan poster boy untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Walaupun tidak menamakan individu tersebut, UMNO pada awal tahun ini pernah mengumumkan Ismail Sabri sebagai poster boy parti itu pada PRU15.

Beberapa pakar perundangan sebelum ini memuji tindakan Ismail Sabri untuk tidak campur tangan dalam beberapa kes mahkamah melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO.

Ismail Sabri pernah memberi jaminan kebebasan badan kehakiman dan legislatif akan terus terpelihara di bawah pentadbirannya.

Klik di sini untuk terus membaca