SHAH ALAM – Universiti di negara ini dilihat banyak dipengaruhi oleh tuntutan pasaran berbanding berfungsi sebagai sebuah gedung ilmu yang sihat.
Bekas Profesor Dr Rozhan Othman berkata, universiti di Malaysia sentiasa terumbang-ambing antara dua perspektif tersebut.
Menurutnya, universiti sebagai gedung ilmu yang sihat seharusnya menggalakkan perbincangan yang kritis dan penjanaan idea-idea baharu.
"Tetapi pada ketika sama, universiti ini juga banyak dipengaruhi oleh tuntutan pasaran untuk memenuhi kehendak korporat dan sebagainya. Kalau kita lihat di Malaysia orentasinya sedemikian (dipengaruhi tuntutan pasaran)... boleh memastikan pelajar keluar boleh bekerja..
"Kerana dia boleh buat sesuatu perkara tapi tak semestinya ada intelek. Boleh kira formula dan sebagainya tapi keupayaan berfikir aras tinggi ini mungkin kekurangan,” katanya Program Bersama Johan Jaafar disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Tambah beliau, universiti sepatutnya menjadi mercu tanda kepada pencapaian intelektual yang tinggi, namun bergantung daripada segi urus tadbir sesebuah institusi.
"Pada akhirnya naib canselor, timbalan canselor semuanya dilantik oleh menteri, bukan oleh lembaga universiti.
"Oleh sebab itu, akhirnya mereka semua tertakluk kepada kehendak politik,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca