SHAH ALAM - Berita gembira buat pelanggan Sinar Premium apabila mereka bakal menikmati diskaun sebanyak 50 peratus untuk sepotong kek kegemaran ramai dari Secret Recipe dengan setiap pembelian ‘ala carte’ hidangan utama. Ketua Jabatan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Berita gembira buat pelanggan Sinar Premium apabila mereka bakal menikmati diskaun sebanyak 50 peratus untuk sepotong kek kegemaran ramai dari Secret Recipe dengan setiap pembelian ‘ala carte’ hidangan utama.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, orang ramai hanya perlu melanggan mana-mana pakej Sinar Premium untuk menebus tawaran hebat itu.

Tambahnya, tawaran Secret Recipe ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu tawaran eksklusif bagi pelanggan Sinar Premium dan bagi pembaca tegar Sinar Harian.

"Setiap langganan Sinar Premium akan dapat menikmati tawaran-tawaran hebat daripada rakan kerjasama kami. Caranya hanya dengan melanggan mana-mana pakej yang anda mahukan dan secara automatik anda dapat menebus tawaran ini dengan menunjukkan anda merupakan pelanggan Sinar Premium.

Nik Justin menambah, pembaca Sinar Harian turut mendapat 15 peratus diskaun sepanjang hari untuk setiap pembelian RM55 ke atas di Secret Recipe.

NIK JUSTIN

"Syaratnya mereka perlu mendapatkan akhbar Sinar Harian pada setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad. Mereka dikehendaki untuk mengerat iklan tawaran itu di dalam akhbar dan membawanya ke mana-mana cawangan Secret Recipe seluruh negara kecuali AEON Taiping, Perak,” katanya.

Nik Justin berkata, tawaran istimewa ini adalah sebagai salah satu tanda terima kasih kerana Sinar Harian dinobatkan sebagai jenama akhbar Bahasa Melayu nombor satu di Malaysia oleh Universiti Oxford dan Reuters pada tahun 2022.

"Sebagai tanda terima kasih, Sinar Harian bekerjasama dengan Secret Recipe dan mereka bersetuju memberi diskaun hanya untuk pembaca Sinar Harian dan Sinar Premium bermula 8 Ogos hingga 31 Disember ini," ujarnya.

Nik Justin turut menjelaskan tujuan promosi ini diadakan adalah untuk mendekatkan Sinar Harian dengan pembaca terutamanya golongan muda serta menarik langganan-langganan baharu untuk Sinar Premium.

Pembaca Sinar Harian hanya perlu kerat baucar di dalam akhbar dan nikmati diskaun sebanyak 15 peratus sepanjang hari bermula 8 Ogos sehingga 31 Disember 2022.

"Kolaborasi Sinar Harian bersama jenama-jenama yang dekat dengan golongan muda ini adalah salah satu insiatif kami untuk menarik minat mereka mendapatkan informasi berita yang telus dan benar.

"Ini merupakan pendekatan baharu untuk golongan muda dengan menyatakan memberi mesej bahawa akhbar merupakan satu medium yang masih relevan pada semua peringkat umur,” katanya.

Selain itu, Nik Justin menguar-uarkan kepada orang ramai untuk melanggan Sinar Premium bagi mendapatkan pelbagai ganjaran dan tawaran eksklusif pada masa akan datang.

"Di Sinar Harian kita melakukan sedikit kelainan iaitu kita bawa masuk rakan kerjasama kami yang boleh menguatkan jenama Sinar Harian.

"Pelanggan boleh menantikan kolaborasi dan tawaran-tawaran yang lebih menarik yang bakal kami bawa daripada rakan kerjasama seperti Starbucks, Costa Coffee, Zus Coffee dan Domino's Pizza,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca